
Cetusan Imaginasi
Apakah ini satu suratan ataupun ketentuan hidup di mana aku terdampar dalam sudut terpinggir tidak berpenghuni....berlari daku mencari keriuhan namun sayang...sepi itu juga yang timbul dan sering menemani diri...apakah itu satu titik tolak bahawa aku dan sepi itu kembar seiringan yang bersama-sama meniti erti kehidupan


“Ya Allah, seungguhnya aku hanya insan kerdil yang tak bisa mampu untuk menahan segala rasa duka dan hiba. Semakin aku cuba untuk berlaku tenang tetapi semakin sempit dada ini ku rasa Ya Allah. Ya Tuhanku, hanya kepadamu aku berserah dan kepadamu aku akan kembali. Ampunilah daku dan segala dosa-dosa yang pernah daku lakukan ketika hayatku di kandung badan. Amin, ya rabbal alamin.” Azmi berdoa setelah usai menunaikan kewajipannya sebagai hamba allah.
"Azmiiiiiiii!" terjerit Lisa dari lenanya. Peluh dingin membasahi dahinya yang mulus itu. Lisa tercungap-cungap untuk bernafas. Mimpi ngeri yang Lisa alami membuatkan dia berasa tidak tenang.
"Perasan? Eh setiap hari saya cermin muka saya cik Natrah. Sempurna ciptaan Illahi." Balas Lisa sambil tersenyum dan membuatkan Natrah semakin terasa membengkak.
"Amboi! Bukan main lagi kau. Ingatlah sikit siapa diri kau. Jangan perasan cantik!" bentak Natrah. Lisa buat tak tahu.
"Saya tak pernah nak perasan cantik pun. Malah saya lebih suka begini. Ini cara saya dan kalau cik Natrah tak suka janganlah selalu pandang-pandang saya." Balas Lisa selamba dan meneruskan kerja-kerja hariannya.
"Kurang ajar awak ye Lisa!" herdik Natrah.
"Maaf kalau saya kurang sopan. Sila beri saya ruang untuk selesaikan tugas. Terima kasih!" kata Lisa dan terus berlalu membiarkan Natrah sendirian.
Natrah semakin geram kepada Lisa. Hati Natrah semakin membengkak dan penuh amarah. Natrah mencemburui Lisa kerana berjaya menambat hati Azmi. Sedangkan dia mencuba beberapa kali menggoda Azmi tapi tidak pernah sekali dilayan. Semakin membuat Natrah berasa benci yang meluap-luap.
Lisa hanya menggelengkan kepala sebab dari sekolah sampai sekarang. Ada saja yang nak bermusuh dengannya. Lisa sendiri pelik apa salahnya.
"Nasib kaulah Natrah, malas aku nak layan. Kalau layan nanti lag berjela-jela. Sama pula perangai kau dengan Zanita dulu." Ngomel Lisa sendirian di stor filling.
*************************************************************************************
Azmi sudah semakin nazak. Anuar semakin buntu dengan keadaan Azmi. Dalam kedegilan Azmi tidak mahu dia diberi rawatan susulan membuatkan Anuar semakin geram.
"Kau ni Mi dah dalam keadaan begini pun tak nak pergi hospital. Kenapa degil sangat?" soal Anuar tidak berpuas hati.
"Aku tak nak susahkan sesiapa lah Anuar. Biarlah aku begini."
"Aku tak kira! Kau bangun sekarang! Aku bawa kau ke hospital kalau kau tak dengar cakap aku, aku call Lisa sekarang!" ugut Anuar.
"Jangan! Anuar tolong jangan beritahu apa-apa dekat Lisa! Please Anuar...." rintih Azmi.
"Kalau macam tu kau kena pergi hospital sekarang. Bangun!" arah Anuar.
Dengan sisa tenaga yang ada Azmi gagahkan diri untuk bangun. Anuar membantu kawan baiknya dan memapah menuruni tangga dan masuk ke dalam kereta. Anuar menghidupkan enjin, masukkan gear dan memecut laju membawa Azmi yang semakin nazak.
Azmi hanya terdiam sepi sambil sekali sekala memandang Anuar. Azmi hanya tersenyum melihat kegusaran Anuar dan dalam pada itu dia teringat bagaimana keadaan Lisa kalau tengah menggelabah.
"Sayang...." rintih perlahan dari bibir Azmi.
Kenderaan Anuar semakin menghampiri kawasan hospital. Memapah Azmi yang semakin lemah dan tdak berdaya. Jururawat secara tidak langsung membantu membawa katil beroda untuk membawa Azmi ke bahagian kecemasan.
Bergenang airmata Anuar di tubir mata melihat keadaan Azmi. Pilu hatinya kerana Azmi rela menanggung seorang diri. Keadaan Azmi yang cengkung dan tidak berdaya itu membuatkan hati Anuar merintih hiba.
"Azmi...kenapa kau degil sangat? Kenapa nak tanggung seorang diri?"
Azmi yang dalam keadaan tidak sedarkan diri terdiam kaku. Pernafasannya turun naik menunjukkan tidak stabil. Kata doktor Azmi kini dalam peringkat merbahaya dan tidak dapat diselamatkan lagi. Ini membuatkan Anuar semakin pilu dan bertambah pilu.
Anuar menemani Azmi sehingga tertidur. Azmi tidak membenarkan Aznuar memberitahu sesiapa tentang dirinya yang kini terlantar di wad kritikal. Azmi merayu agar Anuar memahami keadaan dirinya. Anuar semakin berasa serba salah.
************************************************************************************
"Lisa..." panggil Azmi lembut.
"Ye..." balas Lisa semula.
"Lisa sayangkan Mi tak?" soal Azmi tiba-tiba.
"Errr...sayang agaknya kot" usik Lisa.
"Betul-betullah jawab Lisa....sayangkan Mi tak?" Azmi semakin geram dengan kenakalan Lisa.
"Sayanglah walaupun geram dengan perangai Mi yang tak habis-habis mengusik Lisa."
"Hmm....cintakan Mi tak?" soal Azmi lagi dan membuatkan Lisa semakin pelik.
"Kenapa tiba-tiba tanya soalan cepu emas pada Lisa ni? Lain macam saja."
"Jawablah dulu soalan-soalan Mi."
"Ya...Lisa sayangkan Mi...cintakan Mi....kasihkan Mi....dan selalu rindukan Mi...cukup? Puas?"
"Terima kasih Lisa sebab sudi menerima diri Mi yang tidak seberapa ini. Maafkan Mi jikalau selama kita bersama Mi ada lukankan perasaan Lisa. Jujur Mi katakan Mi benar-benar sayangkan Lisa. Andainya umur Mi panjang, ingin sekali Mi memperisterikan Lisa." Luahan Mi membuatkan Lisa berasa bahagia.
"Kenapa tiba-tiba saja harini? Luahan jiwa ke? Jiwang karat betul Mi ni...hehehehe" gurau Lisa menutupi kegusaran di hatinya.
"Tak kisahlah Lisa nak kata apa. Janji Mi dah luahkan segalanya. Andainya satu hari nanti Mi pergi dulu, Lisa jangan selalu bersedih hati ok? Janji dengan Mi."
"Kenapa cakap macam tu? Mi nak buat Lisa rasa sedih ke? Jangan cakap macam tu lagi ok. Lisa tak nak dengar lagi." Balas Lisa dan hatinya mula rasa tidak selesa.
Azmi hanya tersenyum dan memandang Lisa dengan penuh rasa kasih sayang. Lisa tertunduk malu dan kini budak lelaki di zaman persekolahannya yang selalu dia memandang dingin kini sudah menjadi putera hatinya. Memang tidak disangka. Inikah dinamakan suratan dan kebetulan?
*************************************************************************************
"Cik Natrah! Awas!"jerit Lisa.
Natrah hampir-hampir dilanggar kenderaan pacuan empat roda. Dia bernasib baik kerana tersedar dengan jeritan Lisa. Berlari Lisa mendapatkan Natrah yang pucat lesi dan binggung seketika.
Natrah menggigil ketakutan. Lisa mendapatkan Natrah untuk menenangkannya. Natrah menangis sambil memeluk Lisa. Jika tidak kerana Lisa mungkin Natrah sudah timpa kemalangan.
"Maafkan aku Lisa sebab selalu meyakitkan hatimu. Kerana cemburu aku selalu mengherdikmu. Maafkan aku...." rintih Natrah.
"Sudahlah Cik Natrah. Saya tak simpan dalam hati pun. Buang yang keruh kita ambil yang jernih" senyum Lisa dan Natrah memeluknya erat. Orang ramai beredar dari situ dan Lisa memapah Natrah pergi ke klinik berhampiran.
Lisa bersyukur kerana permusuhan antara dia dan Natrah sudah berakhir. Tidak sia-sia doanya agar Allah membuka hati Natrah tidak lagi membe benci dirinya. Malah dia gembira sebab sempat membantu Natrah dari terkena kecelakaan.
"Ya Allah....terima kasih kerna mengabulkan doaku....amin" bisik Lisa perlahan di dalam hati.
*************************************************************************************
"Anuar....sakit..." rinti Azmi.
Anuar tersedar dan menggosokkan mata-matanya.
"Mi....kau ok ke..? kenapa ni? Sakit apa ni?" soal Anuar gelisah.
"Kepala aku sakitlah Nuar...macam nak pecah kepala aku ni...dada pun sakit....nak bernafas pun susah....kenapa kaki aku rasa sejuk sampai ke tulang...." adu Azmi.
"Aku panggilkan doktor sekarang."
Berlari Anuar mendapatkan jururawat yang bertugas malam itu. Setelah memberi keterangan kepada jururawat Anuar bergegas kembali masuk ke dalam bilik melihat keadaan Azmi. Pucat dan tidak berdarah apabila melihat keadaan Azmi.
Jururawat berkejaran memanggil doktor yang standby untuk kejadian kecemasan.
"Mi...mi....kau ok tak ni?" panggil Anuar.
"Kaki aku sejuk Nuar...dada aku rasa sempit....sekarang sejuk tu dah naik ke peha Mi....dan semakin naik ke atas."
"Mi...jangan takutkan aku Mi...tahan Mi, doktor sampai sekejap saja lagi."
"Anuar...sakitnya...Ya allah..." adu lagi Azmi dan membuatkan Anuar semakin panik. Sekali lagi Anuar menjerit kepada jururawat yang bertugas.
"Nurse..! nurse!" panggil Anuar.
Azmi semakin nazak dan Anuar semakin bimbang. Azmi sedang berdepan dengan nazak yang amat menyakitkan.
Doktor dan jururawat bergegas datang mendapatkan Azmi. Anuar diarahkan keluar oleh doktor. Anuar ke hulu hilir tidak senang duduk. Dia mencapai telefon bimbitnya dan mendial nombor telefon Dato' Murad.
Anuar terpaksa memberitahu apabila melihat Azmi semakin serius. Setelah selesai memberitahu ahli keluarga Azmi, dia terpandang nombor telefon Lisa. Belum ada kekuatan dia berbuat demikian. Pasti Lisa akan bersedih!
"Maafkan Anuar Lisa....."
Selama 3 jam Anuar menanti di luar akhirnya doktor datang dan Anuar mendapatkannya untuk mengetahui keadaan Azmi. Dato' Murad dan Datin Munirah yang masih lagi menangis sama-sama mendengar jawapan dari doktor.
Dato' Murad terkedu tanpa berkata-kata. Datin Munirah pengsan dan hampir terjelepok ke lantai tapi sempat di papah Anuar.
"Tak...tak...tak mungkin doktor....tak mungkin!" kata Anuar.
Dato' Murad menangis sambil memeluk Datin Munirah. Anuar belari mendapakan Azmi. Hanya ternampak Azmi terbaring kaku dengan wayar berselirat sana sini. Tiada hembusan dari Azmi. Terdiam dan bisu.
"Azmi Iskandar !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" jerit Anuar dan menangis semahu-mahunya.
"Lisa....Mi dah tinggalkan kita Lisa....Aku...aku..." Anuar merintih sendirian.
*************************************************************************************
Anuar melihat sepucuk surat yang diutuskan Azmi untuk dirinya. Menitis airmatanya apabila membaca isi kandungan yang di tulis oleh Azmi.
Assalamualaikum buat sahabat ku yang sejati Anuar Khairudin.
Maafkan aku seandainya sepanjang perkenalan kita aku ada membuat kesilapan dan kesalahan terhadap kau. Aku cuma manusia biasa yang lebih bantyak kekurangan dari kelebihan. Kau tahu Anuar, kau lah sahabat aku yang paling aku sayang dan terima kasih sebab memahami keadaan aku. Terima kasih tidak terhingga sebab kau berjaya simpankan rahsia besar aku.
Anuar, aku ingin memohon pada kau agar tengok-tengokkan kedua papa dan mama ku. Kalau kau baca surat ini pun aku dah tiada lagi. Aku sudah pasti tentang keadaan diri aku. Pada engkau saja aku menaruh harapan dan pertolongan.
Tentang Lisa, aku harap kau dapat jaga dia sebaik-baiknya. Peristerikan dia Anuar dan aku tak mahu dia terumbang-ambing seorang diri selepas ketiadaan aku kelak. Aku harap Lisa mengerti dan memahami permintaan aku yang gila ini...hehehehe.....kau saja lelaki yang aku percaya sepenuh hati.
Akhir kata Nuar, aku sudah tukarkan segala surat menyurat agar jawatanku disandang oleh kau. Aku percaya kau boleh lakukan dan aku percaya papa pasti mengerti. Salam bahagia sahabatku yang teragung dan salam sejahtera ke atasmu.
P/s : kalau ada masa lawatlah pusara aku....hehehehe...
Yang benar dan ikhlas,
~Azmi Iskandar bin Dato' Murad~
"Azmi....kenapa buat keputasan macam itu?" Anuar menyoal sendirian.
Lisa juga mendapat sepucuk surat dari Azmi dan membuatkan dia menangis semahu-mahunya. Insan yang dikasihi telah meninggalkan dirinya untuk selama-lamanya. Dia tidak percaya di atas apa yang terjadi.
Assalamualaikum kepada kekasih hati yang dirindui selalu, Melissa Natasha.
Sayang...maafkan Mi sebab tidak beritahu keadaan sebenar sebab Mi tak nak sayang bersedih hati di depan mata Mi. Mi nak sayang sentiasa bahagia dan ceria selalu. Tentu sayang marahkan Mi kan? Tapi takmengapa asalkan sayang tak menderita melihat keadaan Mi yang tidak berdaya ini.
Sayang...Ini adalah warkah terakhir untuk sayang...sebab selepas ini kita tidak akan berjumpa lagi. Maafkan Mi sayang untuk segala-galanya dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Sudah ketentuan Illahi kasih sayang kita berakhir di sini. Tapi buat pengetahuan sayang Mi tetap rasa bahagia walaupun sekejap. Sungguh.....bahagia sangat. Terima kasih sayang sebab sudi menerima diri ini.
Sayang nak tahu tak sejak dari zaman persekolahan lagi Mi dah jatuh sayang pada sayang tau. Tapi masa itu Mi pendamkan saja sebab kalau luahkan takut sayang tolak mentah-mentah. Tapi tak sangka jodoh kita panjang dan akhirnya bertemu semula di alam pekerjaan dalam satu pejabat. Alhamdullillah sayang doa Mi termakbul. Mi sentiasa mencuri pandang pada wajah sayang dari sekolah sampai sekarang...hehehehe...jangan marah ya sayang....
Akhir sekali Mi nak minta maaf pada sayang kalau ada sebarang silap dalam perhubungan kita. Mi harap sayang sentiasa tabah dan sabar serta senyum selalu. Mi harap sayang dapat menerima Anuar sebagai penggganti Mi untuk kesinambungan cinta bahagia kita. Harap sayang memahami permintaan Mi ini. Hanya pada Anuar Mi percaya dapat membahagiakan masa depan sayang kelak.
Salam sayang serta rindu dan kasih buat sayang.....
wassalam
yang amat mencintai dirimu,
Azmi Iskandar Dato'Murad
Lisa merintih dan menangis membaca warkah terakhir dari Azmi."Azmi.....Lisa....lisa..." tersekat-sekat Lisa bersuara.
*************************************************************************************
bersambung lagi...yeahhh tinggal episode terakhir...harap-harap garapan terakhir nanti mencetuskan imaginasi lebih mendalam...hehehehehe...sabar ye... (^_^)

Kring...kring....
"Assalamualaikum..Hello Anuar. Lisa ni."
"Waalaikumsalam Lisa. Apa khabar Lisa? Sihat?" Anuar bertegur sapa.
"Lisa sihat-sihat sahaja Anuar. Anuar sihat ke? Lisa menganggu Anuar tak?" soalku berbasa basi.
"Anuar sihat alhamdullillah Lisa. Eh,tak menganggu pun Lisa. Boleh saja nak berbual. Lama tak jumpa Lisa." Balas Anuar.
"Erm..boleh Lisa tanya Anuar?"
"Boleh Lisa. Nak tanya apa tu?"
"Boleh tak petang ni kita berjumpa di Oldtown White House Coffee dekat Jalan Bangsar?" soalku.
"Petang ni? Boleh tak ada masalah. Lepas kerja ok lah."
"Saya tunggu awak dekat sana lah. Ada perkara yang Lisa nak bincangkan."
"Ok. Kita jumpa petang ni"
"Ok Anuar....thanks. Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam Lisa." Talian dimatikan dan Anuar sudah dapat mengagak berkenaan perkara yang hendak dibincangkan.
"Kenapa kau larikan diri Mi? Serba salah aku sekarang. Lisa..maafkan Nuar sebab dah janji dengan Azmi rahsiakan perkara ni." Ngomel Anuar sendirian. Dia sendiri takut mungkin satu hari nanti dia akan terlepas cakap pada Lisa. Demi kerana persahabatan yang utuh antara Anuar dan Azmi, membuatkan Anuar terikat pada perjanjian yang termeterai. Anuar telah berjanji akan merahsiakan perihal yang berlaku ke atas diri Azmi. Anuar akur akan kehendak Azmi.
Lisa menunggu Anuar di tempat yang telah di janjikan. Lisa memesan kaya dan marjerin toast double set dan pepsi flood. Lisa sempat menjamah toast berkenaan memandangkan dia tidak keluar makan tengahari tadi. Sejak akhir-akhir ini selera makannya tidak menentu. Fikirannya lebih melayang mengingatkan Azmi yang telah menghilangkan diri lebih dari tiga bulan.
"Assalamualaikum Lisa. Maaf sebab Nuar terlewat. Biasalah jalan jammed waktu-waktu begini." Sapa Anuar.
"Waalaikumsalam Nuar. Tak mengapa, Lisa pun baru juga sampai. Sempatlah jamah roti ni sekeping. Anuar nak pesan apa-apa ke?"
"Tak apa lah Lisa. Kalau Nuar nak nanti Nuar pesan sendiri."
"Kalau macam tu Lisa belanja Nuar lah kalau nak makan apa-apa. Memandangkan Lisa yang mengajak Nuar keluar." Balasku dengan senyuman.
"Lisa sihat ke? Nuar tengok Lisa macam orang tak bermaya saja?" soal Nuar tiba-tiba.
"Eh Lisa ok lah Nuar. Sihat saja. Mungkin sebab sibuk bekerja tu yang nampak letih sedikit. But truly I'm feeling well. Don't worry ok?"
"Kalau macam itu,ok lah. Tak ada lah Nuar risaukan Lisa." "Tak perlu risaukan Lisa Nuar. Lisa baik-baik saja."
"Ermm...Nuar boleh Lisa tahu kalau-kalau Nuar ada berhubung dengan Azmi? Lama Lisa tak nampak Azmi. Kemana dia pergi? Sakitkah? Kenapa dia tak hubungi Lisa dan tak menjawab panggilan Lisa? Pesanan ringkas pun tidak berbalas. Lisa risaukan dia lah Anuar" soalku dengan panjang lebar.
"Err...Maafkan Anuar Lisa. Nuar pun buntu kemanalah si Mi ni pergi. Dengan Nuar pun dia tak cakap apa-apa Lisa. Tempat yang selalu dia pergi pun tak ada Nuar nampak. Anuar ada juga hubungi Mi tapi tak berjawab. kadang-kadang telefon bimbitnya dimatikan." Balas Anuar berbohong. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Biarlah dia terpaksa menipu Lisa demi memenuhi pesanan Azmi.
"Pada Dato' Murad pun ada juga Lisa tanyakan tapi Dato' sendiri tidak mengetahui kemana anak tunggalnya menghilangkan diri. Buntu Lisa sekarang ni Anuar. Kemanalah Azmi ni pergi. kenapa dia buat begini pada Lisa? Ada apa-apa yang membuatkan dia berkecil hati dengan Lisa ke?" soal Lisa lagi sehingga tubir matanya sudah bergenang menahan kesedihan.
"Jangan begini Lisa, mungkin ada sebab Azmi menghilangkan diri. Anuar pun tak tahu nak kata apa sekarang Lisa."
"Tak mengapalah Nuar, Lisa akan tunggu sampai Azmi pulang. Lisa sendiri akan bertanyakan pada Azmi kenapa dia buat begini. Terima kasih Nuar sebab sudi datang sini berjumpa dengan Lisa." Anuar hanya mendiamkan diri dan mengangguk setiap baris kata-kata Lisa. Anuar sendiri susah hati melihat keadaan Lisa ketika ini.
Dari jauh ada sepasang mata yang memerhatikan gerak laku Lisa dan Anuar. Tanpa Lisa sedar bahawa mata itu adalah kepunyaan insan yang dicari-carinya selama ini. Azmi Iskandar melarikan diri daripada Lisa dan ahli keluarganya sertasahabat handai di atas sebab-sebab yang tertentu. Dia tidak sanggup melihat orang-orang di sekelilingnya bersimpati dan meratapi terhadap dirinya yang semakin tidak bermaya.
Wajah berjambang, rambut panjang tidak terurus dan badan semakin kurus. Azmi semakin nazak. Kerna sudah ketentuan dari Illahi, dia sanggup berkorban untuk segala-galanya demi tidak membebani terhadap orang-orang yang dikasihinya. Hanya Anuar tempat dia mengetahui segala-galanya tentang keluarganya, syarikatnya dan kekasih hatinya, Lisa.Setelah puas dia menatapi wajah kesayangannya yang selama ini dia rindui, Azmi mengorak langkah meninggalkan mereka. Anuar yang mengetahui Azmi akan hadir sama tetapi dia sendiri tidak nampak di mana Azmi menyembunyikan diri. Dia juga bimbang kalau-kalau Lisa bertembung dengan dirinya yang semakin tidak terurus. Itu akan membuatkan Lisa menjadi bertambah hiba.
Setelah tiga bulan lebih Lisa masih juga tidak berjaya menjumpai diri Azmi. Patah hatinya apabila Azmi Iskandar tidak lagi mempedulikan dirinya. Lisa mula memikirkan bahawa Azmi hanya ingin mempermainkan hati serta perasaannya. Fikiran Lisa merasakan Azmi hanya sengaja membuatkan dia perasaan seorang diri tentang erti cinta. Lisa menjadi marah dan menganggap segala apa yang Azmi ucapkan kata-kata indah padanya hanyalah omongan kosong belaka.
"Penipu! Kau penipu Azmi!" Bentak Lisa sendirian. Dia begitu kecewa dan terluka dengan apa terjadi antara dia dan Azmi.
"Bodoh betul aku ni! Bodoh sebab perasan seorang diri dan terus menerima cinta palsu orang macam dia. Orang yang ada rupa, harta, pangkat serta kedudukan mana mungkin akan menginginkan orang seperti aku. Kenapa aku tak nampak semua tu? Butakah aku kerana cinta ini?"
Gumam Lisa sendirian dan dia mengambil gambar Azmi Iskandar yang terletak cantik di atas meja soleknya dan terus menghempaskan ke lantai.
Panggggggggggg..!
Pecah berderai cermin bingkai gambar yang dihiasi kemas gambar milik kekasih hatinya. Lisa hanya memandang sepi terhadap gambar itu. Kemudian dia menangis semahu-mahunya. Terhiris perasaanya tatakala ini.
"Aku benci kau Azmi! Sungguh hati ini membenci dirimu Azmi Iskandar!" kata Lisa ketika menahan rasa rawan dalam hatinya. Lisa menghempaskan dirinya di atas katil miliknya dan membiarkan tangisannya berlalu pergi. Tersedu-sedu Lisa sehingga terlena tanpa sedar.
*************************************************************************************
"Siap kau Lisa! Aku akan kerjakan kau cukup-cukup petang ni. Biarkan kau tahu siapa sebenarnya aku. Kau ingat kau akan terlepas selepas aku dimalukan sebegitu? Ini Zanita Nuraina Binti Dato' Izzudin yang tidak takut pada sesiapa. Baru kau tahu akan langit itu tinggi ataupun rendah.Hahahaha..." dendam Nita terhadap Lisa masih belum berakhir dan dia mula bertindak merancang sesuatu yang melebihi batasan untuk mengajar Lisa. Sifat dendam itu telah mengaburi mata Zanita untuk berfikir sama ada perkara itu betul ataupun salah.
"Aku rasa macam tidak sedap hati pula harini. Dari pagi tadi aku rasa semacam. Macam ada benda tak baik nak berlaku." Jelas Lisa kepada rakan-rakannya ketika mereka usai pada subjek terakhir, mata pelajaran Matematik. Fikiran Lisa tidak menentu dan membuatkan dia tidak dapat fokus terhadap subjek Matematik sebentar tadi.
"Apa yang kau rasa? Pelik pulak aku tengok kau harini Lisa. Selalu kau tak macam ini pun." Kata Zura penuh bimbang.
"Entahlah, aku sendiri pun tak tahu kenapa. Tapi tak mengapalah biarkan saja. Sudah korang semua tak perlu risau ok?" kenyit mataku untuk menenagkan semua pihak.
"Cuba kau tarik nafas dalam-dalam lepas tu hembus perlahan-lahan. Mana tahu kalau-kalau itu dapat membantu?" Ujar Mas.Lisa mengangguk tanda faham dan mereka pun berjalan beriringan. Lisa hanya terdiam sepi sedangkan rakan-rakannya sedang sibuk berceloteh.
"Harini aku ingat aku nak balik lambat sedikitlah. Kalau korang nak balik dulu baliklah aku tak kisah. Aku ingat nak cari bahan sikit dekat library. Esok kita jumpa mcam biasa pukul 7.00 pagi dekat warung Pak Man. Korang pulak jangan terhegeh-hegeh, nanti aku sebat pakai rotan...hehehe" pesanku selamba. Semua hanya mengangguk dan tersenyum.
"Ok Lisa. Kalau ada apa-apa just called us ok? Bye Lisa. Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam semua." Balas Lisa dan terus berlalu menuju ke library sendirian.
Azmi yang hanya memandang dari jauh mengikuti gerak langkah gadis itu. Dia sengaja tidak balik bersama Anuar. Entah kenapa hatinya ingin menemani gadis itu dan membiarkan Anuar pulang terlebih dahulu. Anuar yang sudah mengerti bahawa sahabatnya sudah gila bayang bersetuju meninggalkannya.Lisa yang terlalu asyik tanpa sedar Azmi menemani dari jauh. Azmi tidak berani mendekati Lisa sebab dia tahu Lisa bukan sebarang gadis yang mudah didekati.
Diam tak diam jam sudah menunjukkan pukul 3.00 petang. Perut Lisa sudah berkeroncong meminta untuk diisi. Lisa mula mengemas segala buku-buku yang di pinjamnya dan meletakkan semula di rak yang betul.Akhirnya Lisa mengambil keputusan untuk pulang ke rumah terus. Malas dia nak mencari makanan di kantin sebab waktu-waktu begini belum ada makanan yang disiapkan. Azmi yang dari tadi mengekorinya dari belakang.
Di luar pintu sekolah, ada seseorang yang menanti dengan penuh rasa sabar dan penuh dengan dendam kesumat. Enjin keretanya dibiarkan hidup dan dia akan bertindak gila mengajar musuh ketatnya. Dia sudah tidak dapat berfikir dengan waras dan terlalu mengikut kata hati. Lantas dengan tanpa rasa ragu-ragu terus dia menekan pedal minyak memecut laju.Lisa memandang kiri dan kanan dan melihat tiada kenderaan yang lalu lantas dia pun menyeberangi jalan dengan hati-hati. Lisa tidak perasan akan kehadiran sebuah kenderaan yang tiba-tiba memecut laju menghentam dirinya tanpa rasa belas kasihan. Lisa akhirnya tercampak di seberang jalan dan pandangan Lisa mulai kelam serta gelap. Azmi yang menyaksikan kejadian itu terjerit dan pantas mendapatkan Lisa yang sudah pun terbaring kaku.
"Lisa! Lisa!" Azmi berlari mendapatkan tubuh longlai Lisa. Azmi geram melihat pemandu yang melanggar lari Lisa tanpa ada rasa perikemanusiaan. Lisa yang ditatapinya berlumuran darah dan bajunya telah terkena darah pekat milik Lisa. Azmi tidak mempedulikan berkenaan dirinya. Hanya Lisa diberi sepenuh tumpuan. Azmi bernasib baik kerana ada sebuah teksi melalui kawasan itu dan membantunya menghantarkan Lisa ke hospital.
Puas Azmi mengelap darah pekat dari hidung dan mulut milik Lisa. Menitis airmata Azmi melihat keadaan Lisa yang tidak berdaya.
"Hahaha...padan muka kau Lisa. Mampus kau dekat situ. Puas hati aku melunaskan segala yang terbuku di hati ini." Gelak Zanita sendirian dan dia berjaya melunaskan segala rasa dendam dalam hatinya. Namun Zanita tanpa sedar bahawa nombor kenderaannya telah di catat seseorang yang juga merupakan saksi kejadian untuk dijadikan sebagai bahan bukti.
*************************************************************************************
"Awak dah siap-siapkan semua pakaian awak?" Tiba-tiba Azmi menegur ketika dia melintasi dihadapanku.
"Sudah. Dari semalam saya dah siapkan. Tinggal bantal dengan selimut saja saya tak dapat nak bawa." Jawabku selamba. Sudahlah dua malam lepas suka hati nak marah-marah aku. Itu pun bernasib baik aku nak tolong kejutkan kalau tak tidur lah sampai ke pagi. Nasib baik bos, kalau tak dah lama aku baling dengan kasut tumit tinggi aku ni. Sempat lagi Lisa mengomel dalam hati dan dia tidak memandang muka Azmi yang tersengih macam kerang busuk.
"Saya nak minta maaf sebab kata-kata saya tempohari. Betul Lisa, saya tidak sedar apa yang telah saya buat. Tahu-tahu nampak awak depan muka saya.Lisa terkesima dan dia ingatkan Azmi akan mengherdiknya lagi tetapi Azmi dengan rendah diri memohon maaf di atas apa yang terjadi.
"Eh tak mengapa Encik Azmi sebab memang salah saya pun sebab pandai-pandai simbah air dekat muka majikan." Balas Lisa sambil mengemas segala fail-fail yang ada di atas mejanya.
"Baiklah, kalau begitu esok saya ambil awak di rumah pukul 10.00 pagi."
"Eh tak perlulah Encik Azmi. Esok saya tunggu Encik Azmi di pejabat. Lagipun ada fail yang perlu saya serahkan sendiri pada Puan Maznah esok pagi." Kataku mengelak.
"Hmm..bagus juga cadangan awak. Jimat juga minyak kereta saya. Esok kita jumpa di pejabat." Balas Azmi mengusik Lisa. Dia berlalu pergi kerana tidak mahu Lisa mematahkan kata-katanya.
"Eh..dia yang sibuk-sibuk nak ambil aku. Lepas tu nak complaint pasal minyak kereta. Itu pun nasib baik aku mengelak dari dia datang datang rumah sewa aku. Mentang-mentang aku duduk sorang-sorang. Aku pun tak hingin dia datang lah rumah aku."
Azmi tersenyum-senyum sendirian di dalam biliknya. Dia menyusun segala rancangannya. Yang pasti sesi luahannya tiada gangguan dari siapa-siapa.
*************************************************************************************
"Cik Zanita Nuraina, kami terpaksa menahan awak untuk keskejadian langgar lari Cik Melissa Natasha tempohari di hadapan sekolah. Sila ikut kami ke balai untuk siasatan lanjutan."
"Eh kenapa nak siasat saya pula? Saya tak bersalah! Bukan saya yang melanggar tempohari. Saya ada di rumah ketika itu mengulangkaji pelajaran. Kalau tak percaya encik semua boleh tanya mama saya."
"Ada saksi mengatakan kamu yang melanggar mangsa dan memberi keterangan segala bukti kejadian yang berlaku. Nombor kenderaan anda adalah bukti sahih bahawa memang kamu melanggar Cik Melissa Natasha dengan niat. Kami telah pun melakukan siasatan lanjut berkenaan kenderaan milik Cik Zanita." Balas polis dengan panjang lebar dan Zanita terkedu."
Tidak! Tidak! Saya tak bersalah! Perempuan tu yang memalukan saya. Betina tu memang patut mampus. Tidak! Tidak! Lepaskan saya. Saya tak bersalah. Mama! Papa! Tolong Nita!" jerit Zanita seperti orang terkena histeria. Ruang dewan peperiksaan menjadi hingar bingar dan kelam kabut. Akhirnya Zanita jatuh terjelepok ke lantai setelah puas meronta minta dilepaskan.
Azmi, Anuar serta rakan-rakan Lisa berasa geram di atas berita tentang kes langgar lari tempohari. Tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana Zanita sudah di bawa pihak polis. Kalaulah mereka tahu sudah lama mereka 'mengerjakan' Zanita cukup-cukup.
Mama dan papa Zanita hanya menangis pilu melihat anak gadis mereka di tangkap polis. Malu tidak terkira di atas perbuatan melampau anak gadisnya melanggar lari demi melunaskan segala amarah dan dendam kesumat.
Cikgu serta pengawas peperiksaan mula bertindak menenangkan keadaan yang kecoh berikutan penangkapan Zanita di dalam dewan secara terang-terangan. Semua pelajar telah kembali ke tempat masing-masing dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Azmi hanya memandang sepi pada kerusi serta meja kosong milik Lisa.
"Kalau aku tahu si bedebah tu yang langgar Lisa, akulah orang pertama yang akan lanyak muka dia. Orang kaya tak ada hati perut langsung. Hish geram aku! rasa nak lenyek-lenyek muka dia dengan kasut ni masa dia pengsan tadi. Kesian Lisa tak pasal-pasal jadi mangsa keadaan." Bebel Mastura tanda geram. Marini dan Azura hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum.
"Sudahlah yang penting sekarang Zanita tu dah dapat balasan dia. Kita ni perlu tumpukan perhatian untuk peperiksaan besar bagi menentukan masa depan kita semua. Balik nanti kita singgah hospital lawat Lisa." Kata Marini.
"Lisa pun tak tahu kan siapa yang tolong dia haritu. Aku pun nak ucapkan terima kasih atas tindakan pantas dia membawa Lisa ke hospital. Kalau tak ada dia masa tu tak tahu lah apa jadi dengan Lisa kan. Menurut kata doktor, pemuda itu tidak memberi butir-butir diri yang lengkap. Apa yang dia cakap, kawan satu sekolah." Kata Zura mencelah.
Anuar membaling pemadam ke meja Azmi dan Azmi memberi isyarat supaya menutup mulut. Dia tidak mahu sesiapa tahu melainkan dirinya, Anuar, Lisa dan pemandu teksi tersebut. Biarlah menjadi rahsia dan dia tidak mahu Lisa terhutang budi kepadanya. Anuar hanya mengetap bibir dan menggelenggkan kepala terhadap sikap Azmi yang suka sangat berahsia.
*************************************************************************************
"Lisa, malam ni kita keluar makan dan saya yang akan belanja awak. Lagipun masa rehat tadi saya tengok awak makan sedikit saja." Pelawa Azmi.
"Eh tak perlu lah Encik Azmi. Nanti duit Encik Azmi jadi kurang pula dan baik Encik Azmi 'berjimat' kan lagi bagus begitu. Saya naik kereta Encik Azmi pun tiada satu sen pun Encik Azmi minta pada saya." Balas Lisa memulangkan kata-kata kepada Azmi terhadapnya tempohari di pejabat. Barulah dia berkesempatan melakukan begitu. Puas.
Azmi hanya tertawa besar dan Lisa berasa hairan melihat gelagat Azmi yang tidak semena-mena. Lisa hanya mengangkat bahu dan memulakan langkah untuk pulang ke biliknya semula. Azmi bertindak pantas menahan Lisa.
"Please....Lisa. Ada perkara yang perlu saya bereskan bersama awak Lisa. Malam ini penting dan menentukan segala-galanya bagi saya Lisa." Kata Azmi dan mempamerkan muka agar Lisa mengerti.
"Sekarang tak boleh nak cakap ke? Dalam mulut tu ada emas ke? Berlian ke? Permata ke?" Balas Lisa selamba.
"Awak ni Lisa langsung tak beri peluang pada saya. Asyik nak patahkan segala kata-kata saya. Dari sekolah sampai sekarang. Sudah, saya tahu awak siap-siap, malam nanti lepas Isya' saya jemput awak depan bilik ini." Arah Azmi dan terus berlalu pergi. Dia tahu kalau lama-lama dia di situ semakin bijak Lisa memutarkan kata-kata.
Lisa semakin geram melihat perangai Azmi yang entah apa-apa. Lisa menghentakkan kaki tanda protes terhadap Azmi yang sesukahati terhadap dirinya. Lisa masuk ke bilik sambil menghempaskan pintu.
"Hishhh geramnya aku. Menyampah betullah! Aku tak nak pergi dia paksa-paksa pulak. Apa jenis manusia lah dia ni. Masa sekolah dulu tak ada lah seberani macam ni. Mentang-mentang aku ni kuli, dia buat sesukahati dia saja lah." Ngomel Lisa sendirian.
Setelah usai solat Isya' Lisa melangkah malas ke hadapan cermin. Lisa hanya mengenakan track suit dan t-shirt panjang serta tudung berwarna merah jambu. Dia hanya mengenakan seringkas yang mungkin. Malas dia nak cantik-cantik. Baru padan muka Azmi. Lisa tersenyum sendirian. Tetapi dia kembali geram teringat perangai Azmi yang tiba-tiba berubah menjadi lain dan tidak seperti selalu.
Tingg tonggg....
Loceng pintu hotel ditekan. Lisa melangkah malas untuk membuka pintu. Pasti Azmi sudah menunggunya. Langkah Lisa semakin longlai dan sememangnya dia tidak ingin keluar malam bersama Azmi tapi apakan daya dia sudah terpaksa.
"Assalamualaikum Lisa. Awak dah siap? Mari kita pergi." Kata Azmi ringkas dan mula mengorak langkah. Lisa semakin geram melihat perangai Azmi yang seperti kebudak-budakkan.
"Waalaikumsalam." Balas Lisa ringkas dan terus mengunci pintu. Dia terus mengikuti Azmi dari belakang dan mengomel sendirian. Baru Azmi tersedar bahawa Lisa berjalan di belakangnya dan dia di hadapan seorang diri.
"Kenapa awak berjalan di belakang saya? Awak mengintai saya ke?" soalku Azmi tiba-tiba sambil mengenyitkan mata kepada Lisa. Terkejut Lisa ketika itu.
"Eh tak ada lah. Buat apa saya nak intai Encik Azmi. Daripada saya intai Encik Azmi baik saya intai budak hotel di sini.." Kata Lisa mengelak.
"Alasan. Padahal memang awak mengintai saya kan? Amacam kacak tak saya daripada belakang?" Azmi masih mengusik Lisa.
"Please! Saya tak ada masa nak mengintai lelaki macam Encik Azmi. Jangan nak perasan ok? Daripada saya mengintai Encik Azmi lebih baik saya mengintai Encik Anuar tu." Balas Lisa semula memepertahankan kata-katanya.
Apabila Azmi mendengar kata-kata Lisa terus dia berpaling semula ke depan.
"Buruk sangatkah saya di mata awak Lisa? Hina sangatkah saya di mata suci awak itu Lisa?" kata-kata Azmi membuatkan Lisa tergamam seketika.
"Errrr...bukan itu maksud saya Encik Azmi. Saya..saya...saya"
"Tak mengapalah, kita batalkan saja rancangan saya. Lagipun saya tak nak memaksa awak keluar malam ni. Awak boleh balik ke bilik awak semula. Maklumlah saya ni kan nampak buruk saja pada awak Lisa." Rajuk Azmi tidak semena-mena.
"Eh tak mengapalah. Saya temankan Encik Azmi dan lagipun kita dah separuh jalan ni. Orang tua-tua kata tak baik berpatah-patah balik semula." Ulas Lisa untuk memperbetulkan keadaan.
Azmi hanya mendiamkan diri dan meneruskan perjalanan di tempat letak kereta. Tiada lagi senyuman, tiada lagi usikan dan tiada lagi kata-kata lucu. Lisa semakin resah kerana sudah melampaui batas.
Sesudah memasuki kereta Lisa dan Azmi hanya diam seribu bahasa.Tiada gurauan, tiada lagi usikkan dan tiada gelak tawa yang berkumandang. Hanya sunyi sepi yang dan deruman enjin kereta yang sesekali memecahkan kesunyian. Lisa mencari-cari idea untuk menjernihkan keadaan.
"Maafkan saya Encik Azmi sebab saya dah melampaui batas. Tidak sepatutnya pekerja makan gaji macam saya ini melampaui batas terhadap majikan sendiri. Saya bersalah dalam hal ini dan berkata yang bukan-bukan sehingga mengguriskan perasaan Encik Azmi. Saya pohon maaf dan berharap Encik Azmi tidak memecat saya. Saya sayangkan pekerjaaan ni Encik Azmi." Kata Lisa meluahkan rasa hatinya. Gusar bukan kepalang apabila Azmi mendiamkan diri. Hampir tersembur Azmi mendengar baris terakhir kata-kata Lisa. Dia tertawa besar dan Lisa terkedu.
"Lisa...Lisa. Takkan perkara remeh macam tu saya sampai nak berhentikan awak pula. Saya pun satu tiba-tiba saja nak beremosi. Ok saya pun minta maaf pada awak kalau rajuk saya tadi buatkan awak rasa susah hati. Jadi kita berdamai ok?"
"Terima kasih Encik Azmi. Saya janji takkan melebihi batasan."
"Tapikan kalau saya merajuk best juga, dapatlah saya nak manja-manja dengan awak kan." Kata Azmi sehingga hampir meluahkan rasa hatinya.
"Maaf Encik Azmi nak manja-manja? Saya bukan pengasuh Encik Azmi nak manja-manja ok? Saya...." tiba-tiba bibir nipis Lisa ditahan dengan jemari Azmi.
"Saya memang nak manja-manja dengan awak Lisa. Sungguh sejak dari bangku sekolah saya cuba nak mendekati awak Lisa tapi saya tengok awak sentiasa bersikap dingin seperti sekarang. Kerana perangai sebegitu tiba-tiba buat saya jatuh hati, jatuh cinta, gila bayang dan segala-galanya. Setiap hari saya memang suka mengusik awak Lisa sebab dengan cara itu saya dapat mendekati awak. Saya terhibur dengan kata-kata awak yang cuba mematahkan kata-kata saya, menjeling saya dan menghentak-hentakkan kaki bila awak rasa geram dengan perangai saya. Setiap hari saya rindukan wajah awak, suara awak, keletah awak dan perangai awak Lisa. Ok habis dah cerita saya." Luah Azmi tanpa rasa segan silu dan membuatkan Lisa terpana seketika.
"Awak nak tahu Lisa, saya tak pernah rasa gila sebegini. Saya makin geram bila awak jual mahal dan awak ada saja alasan nak mengenakan saya balik. Tapi saya terhibur Lisa. Tengok tadi awak berjaya membuat hati saya rajuk seketika. Saya tiba-tiba jadi cemburu. Tapikan awak ni nampak saja garang tapi sebenarnya awak ni cepat menggelabah juga ye." Kata Azmi sambil tersenyum.
Lisa masih lagi berdiam diri dan menundukkan wajahnya kerana tidak berani memandang muka Azmi.
"Ok sekarang kita dah sampai. Mari." Kata Azmi dan Lisa terus terpinga-pinga."Saya sengaja pilih tempat ini khas untuk kita berdua."
"Saya....saya...err...err" tergagap-gagap Lisa mencari idea.Setelah duduk dan selesai memesan hidangan. Lisa masih menundukkan wajahnya. Azmi hanya memandang Lisa sambil tersenyum. Lisa menjadi semakin tidak keruan. Azmi berkata dalam hati.
Pemalu rupanya!
"Dengan ikhlas hati saya mencintai awak Cik Melissa Natasha Binti Kamaruddin. Sesungguhnya saya mencintai awak kerana Allah swt Lisa. Saya ikhlas dan jujur di atas semua perasaan saya terhadap awak Lisa." Luahan Azmi membuatkan Lisa secara automatik memandangnya.
*************************************************************************************(bersambung lagi untuk siri ke-4....hehehehe..sabar-sabar.....tak lama lagi nak habis dah.....huhuhuhu have 2 episode more.....be patient !! (^_^)...)

"Lisa..."
"Maafkan aku Lisa sebab tak beritahu kau awal-awal tentang Azmi. Lagipun Mi sendiri minta aku diamkan perkara ini dari pengetahuan kau Lisa. Dia tak mahu kau rasa susah hati dan terbeban di atas apa yang dia alami. Aku sendiri tak bersetuju dengan apa yang dia rancang untuk menjauhkan diri dari kau Lisa. Aku nasihatkan dia beritahu segala-galanya tapi Mi sendiri degil dan masih meneruskan rancangannya. Aku...aku" Anuar tidak dapat meneruskan kata-kata ketika melihat airmata Lisa semakin laju turun ke ppipinya. Tersedu-sedu Lisa ketika melihat batu nisan milik Azmi. Dia menjadi semakin serba salah. Kalau dia tahu jadi begini, mungkin dia takkan benarkan Alia datang menziarahi pusara Azmi.
"Tapi apa yang dia buat tu Anuar makin membuat aku rasa terseksa dan terluka. Kenapa harus dia asingkan aku dari dalam hidupnya walaupun dia sedang menderita? Macam orang gila aku tunggu khabar berita tentang dia Anuar? Setiap hari aku cuba menghubungi dia tapi tak dapat. Beratus-ratus pesanan ringkas aku hantar semua tidak berjawab. Alih-alih hanya batu nisan yang aku jumpai..." balasku semula dan menghamburkan segala rasa dalam sanubari.
"Aku faham apa yang engkau rasakan Lisa. Aku berasa kesal sangat-sangat. Maafkan aku Lisa." Anuar tertunduk dan perasaan bersalahnya semakin menebal.
"Sudahlah Anuar, nasi sudah menjadi bubur. Boleh kau tinggalkan aku sendirian untuk seketika?" pintaku.
"Boleh Lisa, tapi jangan lama sangat ok? Maghrib pun dah tak lama nak masuk waktu. Tak baik nak dekat senja kita berada di sini. Aku tunggu kau dalam kereta." Kata Anuar dan aku hanya mengangguk tanda faham atas sikap prihatinnya.
Lisa hanya termenung melihat pusara Azmi. Dia tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Perkhabaran yang dia terima mengenai Azmi membuatkan dia jatuh pitam di pejabat selepas Anuar memberitahu segala-galanya. Mengalir lagi airmatanya walaupun sudah puas dia cuba untuk bertahan. Hatinya menjadi semakin sebak dan bertambah pilu apabila wajah terakhir Azmi tidak dapat dia tatapi buat kali "Tak mengapalah Anuar. Bukan salah kau pun. Anuar....boleh beri aku masa sekejap untuk bersendirian seketika?" pintaku.
"Boleh Lisa, tapi jangan lama-lama sangat sebab waktu Maghrib dah lama. Tak baik kita berada di sini waktu-waktu senja ni Lisa.... Aku tunggu kau dalam kereta ok?" kata Anuar dan aku hanya mengangguk tanda faham.
Lisa memandang sepi dan termanggu ketika melihat pusara milik Azmi. Dia tidak mampu untuk berkata apa-apa. Hanya senyap dan airmatanya mengalir tidak terhenti. Puas sudah dia cuba untuk bertahan tetapi tidak berjaya apabila pilu di hatinya mengatasi segala-galanya.
Perkhabaran yang dia terima daripada Azmi membuatkan dia jatuh pitam di pejabat. Sangkanya dia dapat bertemu kembali bersama Azmi tetapi hanya pusara yang menampakkan diri. Apa yang paling dia kesalkan, dia tidak dapat menatap wajah Azmi buat kali yang terakhir.
Setelah puas Lisa memandang pusara Azmi dia bangun dan melangkah longlai ke kereta Anuar. Dia berpaling dan melihat lagi batu nisan yang tertera empunya ALMARRHUM AZMI ISKANDAR BIN DATO' MEGAT MUZAFFAR kembali ke rahmatullah (1980 - 2008).
Di dalam kereta Lisa hanya termenung ke luar dan terdiam sepi melayani perasaan sendiri. Anuar tidak tahu nak berkata apa-apa dan dia juga senyap. Memberi Lisa sedikit ruang.
"Lisa, kau lapar tak? Mari aku bawa kau pergi makan? Pucat sangat aku tengok muka kau Lisa. Perut tak elok dibiarkan kosong Lisa, nanti kau pula yang jatuh sakit." Tiba-tiba Anuar memecahkan kesunyian.
"Aku tak lapar Anuar. Tak mengapalah aku temankan kau makan kalau kau lapar. Tapi aku tak nak makan apa-apa. Tak ada selera. Terima kasih Anuar sebab bawa aku lawat pusara milik Azmi walaupun sebenarnya aku tak kuat nak hadapi kenyataan bahawa Azmi sudah tiada."
"Tak mengapa Lisa aku memahami. Kau pun perlukan masa untuk pulih seperti sediakala. Aku harap kau sabar dan tabah. Jangan fikirkan sangat nanti kau pula yang sakit."
"Terima kasih sekali lagi Anuar sebab ambil berat. Kau jangan risau aku tak akan apa-apa." Kataku dan cuba tersenyum walaupun hati semakin terasa perit.
"Selepas makan ni aku hantar kau balik rumah mak kau lah ya. Kalau kau duduk sorang-sorang dekat rumah sewa tu tak ada siapa nak tengok."
"Eh tak mengapalah, hantar saja aku dekat rumah sewa aku. Jangan risau ok."
Anuar faham dan tidak boleh memaksa Lisa. Sebab dari cerita Azmi, Lisa memang tidak akan berganjak dari keputusannya. Kalau A katanya kena A lah tak boleh bertukar jadi B mahupun C. Lisa kembali terdiam dan memandang ke luar kenderaaan. Masih bertakung airmatanya di tubir mata.
"Azmi..." rintih Lisa di dalam hati.
*************************************************************************************
"Lisa...kau perasan tak budak tu selalu pandang-pandang kau? Macam nak telan saja aku tengok cara di pandang kau." Kata Mastura kepadaku.
"Siapa pula yang nak tengok muka comot aku ni Mas? Perasaan kau saja agaknya tu. Lagipun semua orang berhak nak tengok apa yang dia nak tengok. Biarlah, mata dia. Kalau mata aku, aku korek pakai pisau...hehehe" kataku berseloroh dan malas nak layan gosip-gosip yang tak memberi faedah.
"Betullah Lisa...kalau kau tak percaya kau balas sekarang. Aku dari tadi intai perangai dia" pujuk Mastura.
"Aku malas. Dah jom kita bincang pasal nota ringkas ni. Lagi dilayan kau ni makin menjadi-jadi nanti." Kataku ringkas.
Azmi dan Anuar secara kebetulan berada di perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran. Secara tidak sengaja Lisa pun datang bersama rakan-rakannya untuk mentelaah. Azmi sengaja mengajak Anuar tukar duduk tempat duduk agar dia dapat melihat Lisa dengan lebih dekat. Anuar yang sudah mengetahui bahawa Azmi memang berminat dengan Lisa. Dia hanya menggelengkan kepala dan tersenyum-senyum melihat perangai Azmi sejak kebelakangan ini.
"Cantik tapi garang..." ngomel Azmi sendirian sambil tersenyum.
"Hoi..! berangan apa kau ni? Kau minat dekat Lisa tu eh? Nak aku tolong cakapkan ke? ujar Anuar mengenakan Azmi.
"Mana ada. Aku sengaja tengok-tengok keadaan perpustakaan ni. Tersusun kemas saja buku dia. Rajin betul pengawas perpustakaan ni kan. Kita datang pun sedap mata memandang." Azmi memberi alasan yang tak boleh diterima pakai olaeh Anuar.
"Sudahlah kawan. Lagi nak sorok-sorok dari aku. Aku dah kenal kau dari sekolah tadika lagi lah. jangan bagi aku alasan yang tak 'relevan'....hahaha" balas Anuar mentertawakan Anuar.
"Syhhhhhh...jangan bising." tiba-tiba datang pengawas perpustakaan memberi peringatan.
Azmi dan Anuar tanda faham sambil tersenyum-senyum. Azmi hanya menggarukan kepala yang tidak gatal dan rahsianya sudah terbongkar. Anuar sudah mengetahui isi hatinya. Namun Lisa tidak pernah melayani segala surat layang yang dia letakkan di dalam meja Lisa. Semuanya sepi tidak berbalas.
"Sayang dekat sini you rupanya. Puas I cari you tau. kenapa tak beritahu I you nak datang library? Boleh juga I temankan you." Tiba-tiba Nita datang menyapa Azmi. Tanpa segan dan silu Nita duduk di kerusi sebelah Azmi. Anuar hanya memandang sambil tersenyum dan Azmi sudah menunjukkan muka meluat.
"Sukahati I lah nak pergi mana pun. You bukan siapa-siapa dalam hidup I yang perlu I nak report kemana saja I nak pergi. You nak sibuk sangat kenapa dalam hidup I? Rimas lah I orang datang menggedik-gedik dengan I ni!" Balas Azmi tanda benggang dengan sikap Nita yang terhegeh-hegeh menganggu dalam hidupnya.
"Sampai hati you sayang cakap begitu dengan I. You tahukan yang I sayangkan you?" ujar Nita memujuk.
"You seorang saja yang perasan begitu. I langsung tak ada perasaan terhadap you. Lagipun you yang datang terhegeh-hegeh pada I siapa suruh?!"
"I tak kira walau apa pun yang you kata, I tetap akan bersama dengan you sampai bila-bila. You milik I seorang." Balas Nita meluahkan rasa hatinya.
"Maaf ya, Kamu diminta tolong senyap sekarang. Di perpustakaan dilarang membuat bising. Terima kasih di atas kerjasama anda semua." Celah pembantu perpustakaan memberi peringatan terhadap Nita dan Azmi yang secara tidak langsung telah membuat bising dan menganggu pelajar lain yangsedang mengulangkaji. Lisa dan rakan-rakannya buat tak tahu apa yang terjadi.
"Eh! Kau jangan sibuk dalam hal peribadi orang boleh tak? Sukahati aku lah nak diam ke nak bising ke. Kau pergi sana jauh-jauh sebelum aku tampar kau" Nita menyeringai pembantu perpustakaan berikut dan membuatkan pembantu itu terkedu seketika.
"Kau ni memekak betullah! Dekat kantin sekolah kau memekak, dalam kelas pun kau memekak situ sini kau memekak. Semua tempat kau nak memekak dengan suara nyaring kau ni. Sakit telinga orang dengar. Bagilah sekolah ni aman boleh tak?"
"Kurang ajar punya betina! Kau cari pasal dan mencabar aku ni! Ambil ni!" tidak semena-mena Nita cuba menampar Lisa tetapi Azmi bertindak lebih pantas menghalang perbuatan Nita. Lisa sedikit pun tidak rasa gentar malah sudah bersedia lebih awal. Nita tidak mengetahui bahawa Lisa ada mendalami seni persilatan. Cuma Lisa sembunyi-sembunyi daripada rakan-rakannya.
"Korang berdua sepatutnya carilah tempat lain nak bercengkerama bukan di perpustakaan ni. Sini tempat orang nak belajar, mengulangkaji pelajaran dan sebagainya. Bukan nak dengar masalah korang berdua bab-bab bercinta ni. Faham!" Kata Lisa tanpa mempeduli sesiapa yang memandang.
"Betina sundal ni nak mampus agaknya! Siap kau aku kerjakan nanti! Herdik Nita seperti orang yang sudah kehilangan akal.
Pangggggggggggggg!
"You shut up and get out from here! Leave us alone!" Azmi menampar muka Nita dan membuatkan semua terkejut melihat insiden yang tidak dijangka. Lisa tergamam seketika dan memandang Azmi yang kelihatan menahan kegeraman.
"Sampai hati you tampar I depan semua orang! You malukan I depan betina bodoh ni! You jangan menyesal! You don't be regret after this Azmi! Nita berlalu pergi sambil melanggar bahu Lisa dan Lisa sedikit berganjak ke tepi. Nita menangis menahan malu dan memegang pipinya yang sakit ditampar kuat oleh Azmi.
"Maafkan Zanita tadi Lisa. Kata-katanya sudah melampaui batas." Kata Azmi dengan redup mata yang suram kepada Lisa.
"No hal. Saya dan biasa dengan kata-kata dia. Cuma kalau boleh tolong cari tempat bersesuai kalau nak bermadah helah semua. Sini tempatnya tak sesuai. " Balas Lisa dan terus berlalu pergi. Azmi tidak sempat untuk menyatakan apa-apa.
Azmi hanya memandang sepi dan Lisa mengajak rakan-rakannya menyambung semula ulangkaji mereka. Lisa memalingkan mukanya memandang Azmi dan Azmi hanya tersenyum melihat pandangan Lisa. Seperti biasa Lisa buat tak tahu terhadap senyuman yang bisa menggetarkan jiwa itu.
*************************************************************************************
"Lisa...masuk sekejap bilik saya."
"Baik Encik Azmi saya masuk sekarang" balas Lisa dan hairan dengan panggilan tiba-tiba daripada Azmi.
"Hisssh... Nak apalagi lah si harimau ni. Tak senang betul aku nak baut kerjalah. Kenapalah boleh satu pejabat dengan dia ni." Ngomel Lisa sendirian. Terkadang Lisa sendiri pelik kenapa Azmi selalu memanggilnya masuk ke bilik. Ada pembantu peribadi pun masih nak panggil Lisa.
"Saya Encik Azmi. Ada apa-apa yang perlu saya tolong?" soal Lisa setelah memasuki bilik Azmi.
"Minggu ini saya ada kursus di Pulau Pangkor dan saya nak awak ikut menyertai kursus ini. Saya sudah pun masukkan nama awak sekali. Hari Jumaat ni kita bertolak dan awak kena pergi bersama saya. Saya mahu awak berkemas awal-awal dan lagi saya tak mahu terlambat. Ingat saya tahu segalanya mesti berjalan dengan lancar." Kata Azmi dengan penuh semangat.
"Tapi saya..."
"Sudah tak ada nak tapi-tapi lagi. Ini arahan syarikat dan awak kena mematuhi arahan ini. Sekarang awak boleh keluar. Terima kasih" celah Azmi mematahkan kata-kata Lisa.
"Baiklah Encik Azmi, saya keluar dahulu" kata Lisa dengan langkah yang longlai.
Azmi hanya tersenyum gembira melihat rancangannya di peringkat awal menjadi. Dia perasan melihat perubahan di muka Lisa. Seperti orang tidak berpuas hati tetapi dia tidak peduli janji rancangannya untuk mendekati Lisa perlu dijalankan dengan segera. Sudah lama dia menyimpan rasa hati dan itu adalah saatnya untuk meluahkan segala-galanya.
"Hishh! Geramnya aku, tak pepasal aku kena ikut si harimau ni pula! Apa kena mengena kursus yang dia ikuti dengan bidang kerja yang aku buat? Sudahlah kena naik kereta berdua dengan dia pula. Tak aman betullah dari sekolah sampai sekarang asyik nak mengadap muka dia saja. Kalau ikutkan rasa hati lama dah aku berhenti." Lisa mengeluarkan segala amarahnya.
"Apa benda yang kamu bercakap sorang diri ni Lisa? Lain macam pula akak tengok kamu ni" Tiba-tiba datang kak Maznah menegurku. Kak Maznah merupakan seniorku di dalam syarikat.
"Eh tak ada lah kak Maz. Lisa cari satu file ni tapi tak jumpa-jumpa. Dari tadi cari tak dapat-dapat tu yang membebel sorang-sorang" kataku memberi alasan sambil tersengih.
"Lah akak ingatkan apa benda lah sangat tadi. Lisa...Lisa. Kamu tahu kan minggu ni kamu kena pergi kursus di Pulau Pangkor. Encik Azmi ada panggil kamu tadi?" soal Kak Maznah.
"Ada tadi kak. Encik Azmi dah maklumkan pada saya." Dalam hati aku punyalah geram yang amat sangat.
"Kalau macam tu baguslah. Mana-mana kerja kamu yang tak sempat disiapkan tu akak akan minta Suhana tolong habiskan."
"Eh, tak mengapalah kak Maz saya akan cuba siapkan semuanya. Lagipun tak banyak dah ni." Balasku semula.
"Baiklah. Tapi kalau tak boleh jangan dipaksa Lisa." Kata kak Maznah sambil tersenyum.
Lisa leka menyiapkan segala kerja yang tertangguh. Tanpa sedar jam sudah menunjukkan 10.00 malam dan ketika itu ramai pekerja sudah pulang ke rumah. Lisa tersedar bahawa hanya dia sahaja yang tertinggal di dalam pejabat. Lisa menyimpan segala data yang selesai dia siapkan di dalam folder yang mudah untuk Suhana cari kemudian hari. Setelah siap, Lisa berpuas hati dan memadamkan komputernya. Ketika Lisa sedang melintasi bilik Azmi, dia terperasan lampu masih lagi terpasang.
"Muda-muda lagi dah lalai. Sampai lampu tak bertutup." Ngomel Lisa sendirian dan niatnya untuk memadamkan lampu terhenti apabila dia melihat Azmi sudah tertidur di depan komputer ribanya. Lisa rasa serba salah sama ada ingin mengejutkan ataupun membiarkannya sahaja.
"Alamak! Ada rupanya mamat ni. Ingatkan dah balik. Tengok tu boleh pula dia tertidur, kalau ye pun baliklah rumah."
Akhirnya Lisa terpaksa juga mengejutkan Azmi walaupun dia sendiri tidak berasa selesa. Perlahan-lahan Lisa mengejutkan Azmi dari tidurnya tapi tidak berjaya. Azmi tetap kaku dan terdiam dalam tidurnya.
"Aku menjerit kuat-kuat nanti baru padan muka dia si harimau ni"
"Encik Azmi..Oooo Encik Azmi. Bangunlah, dah malam ni. Encik Azmi tak nak balik tidur dekat rumah ke? Takkan nak tidur dekat pejabat sampai esok pagi?" panggil Lisa lembut tapi Azmi masih tidak berjaga. Lisa semakin geram.
"Alahai harimau ni takkan tidur mati pula. Kalau berterusan begini takkan bangunnya si harimau ni. Kena guna cara lain ni"
Akhirnya Lisa mengambil segelas air kosong di pantry dan kembali semula ke bilik Azmi. Lisa menadahkan tapak tangannya dan menuangkan sedikit air untuk direnjis ke muka Azmi. Lisa memcuba dan nasib menyebelahinya. Azmi tersedar tetapi dia masih lagi dalam keadaan mamai.
Lisa hanya tergelak kecil dan Azmi belum perasan akan kehadiran Lisa yang mengejutkannya daripada tidur.
"Kamu tak nampak kah saya sedang sibuk ni? Kalau nak masuk pun ketuk lah pintu dulu!" Herdik Azmi dan Lisa tiba-tiba tergamam daripada tawanya. Lisa masih berdiri dan mendiamkan dirinya.
"Apalagi, pergilah berambus keluar!"jerit Azmi dan membuatkan Lisa terperanjat dan sekaligus dengan rasa amarah Lisa bertindak mencurahkan air kosong yang masih berbaki di dalam gelas ke muka Azmi.
Ketika itu barulah Azmi tersedar sepenuhnya dan dia melihat Lisa yang berada di hadapannya. Dia terkedu seketika di atas kata-katanya terhadap Lia. Dia melihat di tangan sudah pun menunjukkan pukul 10.15 malam. Baru Azmi tersedar bahawa dia sudah tertidur dan dia sendiri pelik sejak akhir-akhir ni dia kerap kali tertidur sendiri.
"Maafkan saya Encik Azmi sebab tersiram air ni dekat muka. Kalau ye pun mengantuk Encik Azmi balik rumahlah tertidur. Saya tak sampai hati pula biarkan Encik Azmi tertidur di pejabat. Saya mohon maaf sekali lagi sebab kejutkan tidur lena Encik Azmi dan terima kasih atas kata-kata tadi. By the way saya balik dulu dan Encik Azmi dah pun tersedar sepenuhnya. Selamat malam dan assalamualaikum." Lisa berlalu pergi dan hatinya berasa sedikit terguris. Azmi mengejarnya untuk memohon maaf.
"Lisa...maafkan saya. Tadi kata-kata saya tu tidak sengaja. Betul Lisa, saya tak sedar apa yang berlaku. Maafkan saya Lisa."Pohon Azmi kepada Lisa.
"Tak mengapalah Encik Azmi, lagipun Encik Azmi kan majikan saya. Memang berhak Encik Azmi memarahi saya yang menganggu 'kesibukkan' Encik Azmi sebentar tadi. Maafkan saya sebab pandai-pandai simbah air di muka Encik Azmi." Kata Lisa.
"Tapi tadi tu saya..." kata-kata Azmi terhenti.
"Maaf Encik Azmi saya balik dulu. Hari pun dah lewat malam esok kena datang kerja lagi. Kalau terlambat kena hambur dengan Encik Azmi pula dan mengatakan saya tidak berdisipilin."Kata-kata Lisa membuatkan Azmi berasa tersentak dan terdiam seribu bahasa. Keterlaluannya menyebabkan gadis yang dipujanya terguris hati.
"Maafkan saya Lisa...Saya tak sengaja memarahi awak. Kenapa dengan saya sekarang ni?" Ujar Azmi dan tersandar di dinding dan berasa menyesal di atas kata-katanya.
"Lisa....saya...."
**************************************************************************************
(kita bersambung lagi....sebab perut saya tengah sakit...hehehehehhe...tunggu ye....ada lagi 3 episode...lepas tu fully finished...ekekekeke (^_^)...selamat membaca!!... )

Loceng berbunyi menandakan sudah sampai waktu rehat. Ramai yang berpusu-pusu ke kantin sekolah mencari makanan untuk dijamah. Tidak terlepas juga sekumpulan yang remaja perempuan yang melangkah seiringan menuruni anak tangga bersama.
"Eh, harini kita nak bedal apa?" soal Mastura.
"Kita bedal apa yang boleh dibedallah. Takkan nak duduk terconggok dekat meja kantin pulak." Balas Marini selamba dan membuatkan Mastura menjadi geram.
"Memanglah kita bedal apa yang boleh dibedal. Masalahnya bukan sedap sangat makanan makcik kantin sekolah ni buat. Kadang-kadang tak berselera aku nak makan. Balik-balik menu yang sama. Tak nasi lemak, nasi ayam lepas tu laksa lepas tu lagi bihun sup dan mee goreng. Kembang tekak aku" balas Mastura semula tanda tidak berpuas hati.
"Eh korang berdua ni. Sudahlah, pasal makanan pun nak memekak ke? Kita tibai yang boleh mengenyangkan perut sudah. Sedap tak sedap belakang cerita." Tiba-tiba aku mencelah supaya tiada perbalahan berterusan. Marini dengan Mastura memang selalu tak sebulu dalam segala hal tapi tetap bersahabat baik. Sebab masing-masing jenis tak simpan dalam hati.
Aku baru berkenalan dengan diaorang semasa aku bertukar sekolah di tingkatan 4. Mastura, Marini dan Nor Azura merupakan orang yang mula-mula menegur aku di dalam kelas dan sering mengajak makan bersama setiap hari ketika waktu rehat. Lama kelamaan kami menjadi satu 'gang'. Kemana sahaja pasti bersama sehinggalah ke tingkatan 5. Bezanya ada yang suka itu tapi tak suka yang ini dan ada yang suka ini tapi tak suka yang itu. Yang paling bagus ada yang suka kedua-duanya. Macam-macam kan.
"Kita tibai nasi ayam saja lah. Janji perut tak kebulur. Apa 'plan' balik sekolah ni? Kata Marini.
"Alamak harini aku kena balik awal. Tak boleh nak balik lambat. Korang faham-faham saja lah mak aku. Kuat membebel betul kalau aku balik lambat. Bila aku cakap ada kelas tambahan mak aku tak percaya pulak." Jawab Azura.
"Mak kau ni susah betullah. Bukan tak kenal kita semua pun. Pernah juga datang rumah kau belajar sama-sama. Takkan tak percaya juga. Nak belajar sama-sama dekat perpustakaan pun susah" getus Marini dan Azura terdiam. Aku menyiku lengan Marini tanda tidak gemarkan kata-kata Marini.
"Tak mengapalah Zura kalau kau tak boleh nak 'join'. Mungkin mak kau tu risau sangat dengan kau. Dah jangan nak memekak lagi. Aku nak makan ni, kebulur tahu tak. Kalau korang nak memekak pergi tempat lain. " Sudahnya aku pula yang naik angin.
Aduhai kawan-kawanku kalau berterusan begini alamat tak makan lah jawabnya. Asyik bercakap saja. Kadang-kadang pening dengan perangai setiap sorang. Nasib baiklah sayang korang semua.
"Korang berambus, ini tempat kitaorang!" Tiba-tiba datang Zanita dan rakan-rakannya mengherdik aku dan teman-temanku. Aku buat tak peduli. Terus menjamah makanan. Nama pun lapar.
"Eh, apa pulak! Kitaorang yang sampai dulu. Nasiblah kan, kalau korang duduk tu meja sebelah sana di tepi longkang tu!" Balas Mastura tanda geram dan aku masih buat tak peduli.
"Kurang ajar! Kau ingat muka aku ni tak ada standard ke?" Balas Zanita semula. Tak mengalah tu.
"Mana..mana? Dekat mana muka kau ada tunjuk 'standard' tu? Tak nampak pun cop sirim 'standard' dekat muka kau tu. Setakat 'foundation' tebal 5 inci adalah." Sahut Marini pula dan yang lain hanya tersenyum. Aku seperti biasa malas nak layan. Terus saja makan. Memang dari tingkatan 4 lagi si Zanita ni pantang nampak aku ada saja penyakit dia datang memekak dengan aku. Faham sangat dah. Jalan terbaik buat 'derk'.
"Bodoh punya perempuan-perempuan dekat meja ni. Mulut kurang ajar. Perangai semua macam jantan saja aku tengok. Yang sorang ni lagilah, menyemakkan mata sejak datang sekolah ni!" Zanita membalas tanda masih nak menangkan diri sendiri dan tak semena-mena kepala aku ditunjal.
"Kau apahal? Apa masalah kau ni? Kau nak memekak pergi jauh-jauh sikit boleh tak? Aku dengan yang lain-lain nak makan. Bukan nak dengar mulut kau yang membebel tak tentu pasal macam murai tercabut ekor. Kantin ni kan besar, bukan kecil pun. Kau nak duduk dekat mana-mana kan boleh. Banyak lagi kosong yang kau berebut-rebut nak duduk dekat meja sini juga kenapa? Ada intan, berlian ataupun emas? Sebelum mulut aku berhenti cakap tapi tangan aku naik ke muka kau, baik kau berambus dari sini. Pantang betul aku kalau aku makan orang memekak lepas tu suka-suka nak tunjal kepala aku! Berambus!" Jawabku melepaskan amarah. Zanita sudah melampau. Kepala aku pula berani nak ditunjal. Abah aku masih bayarkan zakat.
"Jaga korang! Tahulah nasib korang nanti!" Getus Zanita memberi amaran dan berlalu pergi. Aku hanya mengangkat bahu dan buat tak peduli dengan ugutan yang diberi.
"Bravo Lisa!" Kata Marini dan Mastura.
"Korang pun satu, pergi layan si tepung gelomak tu kenapa? Dah tahu mulut dia macam ayam berak kapur lagi nak layan. Buat tak tahu sudah. lagi dilayan lagi menjadi-jadi dia tu. Sudah ada lagi 10 minit rehat nak habis. Korang punya makanan aku tengok tak makan-makan. Dah sampai masa gelojoh pulak lepas tu tercekik. Dah jadi satu hal." Kataku selamba. Selalu aku diamkan saja. Malas nak ambil 'port'. Marini dan Mastura yang rajin sangat layan diaorang. Azura seperti aku hanya mendiamkan diri.
"Ye lah...ye lah..." Balas Mastura ringkas.
Marini dan Mastura tersenyum bila terdengar ayat Lisa yang terakhir. Azura mengenyitkan mata dekat aku. Akhirnya kami semua tertawa. Pening betul. Tanpa sedar oleh mereka ada mata yang sedang memerhatikan gelagat mereka sebentar tadi. Cuma sepasang mata hanya tertumpu pada Lisa dan sambil tersenyum melirik.
"Lisa ni kuat makan betul. Badan kecil. Pantang betul kalau ada orang datang mengacau." ngomel Azmi sendirian.
"Wah Mi, tengok orang tak berkelip mata tu. Agaknya kalau aku cucuk dengan garpu tak sedar jugak ni." Tiba-tiba Anuar menerjah. Lama dia memerhatikan Azmi.
"Hahahaha...Aku tengok gelagat diaorang yang tak habis-habis bertekak dengan Nita." Jawapan Azmi mengelak supaya Anuar tidak perasan tentang getar dalam hatinya.
"Hahahaha....Awek kau juga. Nita pun satu, habis semua orang dia nak herdik. Tapikan Lisa tu cun lah. Aku nak 'try' mengorat dia. Kalau dapat jangan harap aku nak lepaskan. Hahahaha..." Kata Anuar mengusik.
"Lemas betul aku dengan Nita tu. Ada saja nak berkepit. Tak faham-faham ke dia yang aku ni tak suka, rimas dan meluat tengok muka dia?"
"Siapa suruh kau jadi 'famous' dekat sekolah. Ramai betul yang kejar. Tapi Nita datang berkepit semua takut nak tegur. Apatah lagi nak senyum-senyum. Nasib kau Mi dapat awek macam Nita"
"Aku nak buat macam mana. Diaorang yang mem'famous'kan aku. Hahahaha...Nita tu betul-betul buat aku bosan. Aku tak cakap pun nak buat dia jadi awek aku. Perasan habis perempuan sorang tu." Balas Azmi membetulkan kata-kata Anuar. Azmi ketawa mendengar ayat terakhir Anuar.
"Kalau aku jadi kau kan Mi. Aku selamba ajak Lisa keluar. Setakat Nita tu aku buat bodoh saja. Hahahaha" Kata Anuar mengusik.
Mereka tertawa, tetapi mata Azmi lagi melirik dan mencuri-curi pandang wajah Lisa. Tak semena-mena Lisa terpandang akan dia dan sepantas kilat Azmi berpusing. Berdegup kencang jantung dia.
"Perasan ke minah tu aku pandang dia?" Hati Azmi berbisik sendirian.
*************************************************************************************
"Azmi...saya rindu dekat awak." Tangisan hiba yang memecahkan sunyinya malam. Hancurnya hati apabila impian yang diimpikan berkecai separuh jalan.
"Azmi..." rintihan Lisa tidak dapat di bendung lagi.
"Puas saya cuba lupakan awak. Biarpun itu sudah takdir awak meninggalkan saya. Tapi saya tak mampu....tak mampu nak hilangkan rasa hiba...tak mampu lupakan awak...tak sanggup hilangkan ingatan saya terhadap awak. Usikkan awak, gurauan awak dan...dan..." Lisa tidak dapat meneruskan lagi kata-katanya.
Lisa menangisi pemergian Azmi. Setelah sekian lama Azmi menghilangkan diri, bermacam Lisa menyumpahnya. Mengatakan Azmi hanya mempermainkan perasaannya. Sedangkan Azmi sendiri yang menyembunyikan tentang penyakitnya dan tidak mahu menyusahkan Lisa. Ketika ini Lisa benar-benar disulami rasa bersalah.
"Azmi...maafkan Lisa sebab tersalah sangka..." Lisa merintih sendirian.
*************************************************************************************
"Lisa, habis kelas Bahasa Melayu ni kita pergi perpustakaan ok?" pinta Azura.
"Eh, mak kau tak bising ke kalau balik lambat ni?" soalku semula dan kehairanan. Azura hanya tersenyum dan menerangkan keadaan sebenar.
"Tak... Aku dah tunjuk bukti berkenaan dengan tugasan yang kita kena buat yang cikgu Hamdan bagi semalam. Aku katalah dekat mak aku, kesian dekat korang semua sebab korang saja yang datang rumah aku. Tak baiklah begitu. Kemudian mak aku faham dan sempat bagi pesanan, habis terus balik rumah." Terang Azura dan aku tersenyum mendengar pesanan emak Azura. Hati ibu selalu begitu.
"Baguslah macam tu. Kebetulan petang ni aku tak ada 'training' jadi boleh lah kita cari idea untuk projek kita ni."
"Alamak! Harini aku ada hal. Tak boleh pulak nak 'join' korang cari idea. 'Sorry' kawan-kawanku..." Mastura mencelah.
"Alah ada hal nak pergi 'dating' lah tu." Usik Marini. Memang sengaja cari penyakit nak bertelagah.
"Mana ada, 'please' ok. Tak ada masa aku nak 'dating' semua ni. Bapak aku minta tolong dia dekat kedai. Mak aku kurang sihat harini. Demam katanya. jadi aku kena tolong bapak aku dekat kedai awal." Terang Mastura dan membuatkan aku, Azura tersenyum melihat 'peel' kembar berdua ni.
"Tak mengapa...dah..dah....kalau tak boleh 'join'. Nanti kitaorang singgah sekejap kedai bapak kau bagitau pasal idea yang nak diguna untuk projek kita." Kataku mencelah agar perang mulut Marini dan Mastura berakhir dengan cepat.
"Ini yang aku sayangkan kau ni Lisa. Bukan macam Mar tu, asyik-asyik nak 'complaint' aku. Geram tau dengan Mar ni"
"Hahahaha...mana ada 'complaint'. Itu cara aku tunjuk kasih sayang. Aku sayang kau tau Mas...hahaha" Gelak Marini mengusik Mastura.
Mastura mengejek dan kami semua ketawa lagi. Kadang-kadang aku rasa macam nak cekik-cekik diaorang berdua ni tau.
"Err...Mas, nanti kitaorang singgah datang kedai. Aku nak ABC Mas. ABC kedai bapak kau sedap tau Mas. Hehehehe..." Rayu Marini.
"Oh tak ada masalah kalau kau nak ABC Mar. Tapi kau sendiri putar mesin tu. Ok tak Mar...hehehehe"
"Kalau aku sendiri putar, alamatnya tak balik rumahlah. Sebab ambil kontrak bekerja dekat kedai bapak kau Mas. Hahahaha..."
"Ok aku jadi boss kau jadi kuli. Jom 'sign' kontrak sekarang...Hahahaha" Kata Mastura pula mengusik Marini.
"Banyak cekadak...Hahahaha" Balas Marini semula.
"Korang berdua ni kan tadi amcamkucing dengan tikus sekarang macam belangkas pula. Hhahahaha" Aku pula yang mencelah.
Azura hanya ketawa dan akhirnya kami semua ketawa tak henti-henti. teringat aku sewaktu mula-mula aku berpindah dan memasuki kelas mereka. Ketika itu aku hanya melayani dunia aku sendiri dan duduk bersendirian. Tak pedulikan orang sekeliling. Mastura dan Marini yang menegur aku dan kami berkenalan antara satu sama lain. Ramai yang ingat aku sombong termasuk juga dengan Mastura, Marini dan Azura, tapi aku tetap buat tak peduli. Bagi aku kalau aku tak kacau orang jadi orang pun jangan kacau aku. Kalau orang sibuk-sibuk perihal aku. Siap !
Zanita Anissha merupakan pelajar popular di sekolah. Mulutnya yang becok dan suka memaki hamun orang membuatkannya menjadi popular dan ramai pelajar tidak berani mendekatinya ataupun berkawan dengannya. Dengan sikapnya itu membuatkan dia menjadi semakin bongkak dan sombong meninggi diri. Padanya tidak layan orang miskin berkwan dengannya. Dia terlalu melihat taraf dan kedudukkan. Kalau masuk kubur boleh bawa ke semua tu?
Entah apa penyakitnya yang suka mengherdik aku dan teman-temanku. Asal berjumpa mesti akan bertekak. Padahal masa hari pertama aku di sekolah pun dia sudah menjeling-jeling. Korek biji mata tu baru padan muka.
Bak kata Marini dan Mastura, mungkin dia rasa tergugat tentang kehadiran aku. Aku sendiri pun pelik apa bendanya pulak dia nak rasa tergugat. Aku sendiri pun tak hadap apa-apa sangat. Setakat datang sekolah dan timba ilmu bukan nak gugat apa-apa pun. Teringat aku pada peristiwa Zanita tiba-tiba sahaja memaki aku tak tentu pasal di hadapan kelas. Ketika itu aku menjadi betul-betul panas hati. Ada saja mencari masalah.
"Hei perempuan! Kau ingat kau budak baru kau dah perasan bagus? Nak berlagak dengan aku? Kau belum kenal siapa aku! Hormat sikit kalau nampak aku berjalan dekat sini tahu!" herdik Zanita dan menolak bahuku dan membuangkan aku tersadung ke depan. Nasin tak jatuh dalam longkang.
"Kau ni apahal pulak? Tiba-tiba nak tolak aku? Apa masalah jiwa kau ni?"
"Eh buat-buat tanya pulak. Kau tu jalan tak tunjuk muka hormat langsungkan dekat aku. 'Eksyen' dengan aku pulak" Herdik Nita.
"Buat apa aku mesti kena hormat kau? Dah ini depan kelas aku. Lantak aku lah nak pandang kemana pun kan. Yang kau ni tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba datang meroyan dekat aku kenapa pulak?" balasku walaupun amarah sudah mula menguasai diri tapi aku masih lagi bersabar dengan saki baki yang ada.
Yang lain hanya memandang pertengkaran antara aku dan Zanita. Tidak berani ada yang masuk campur. Silap-silap dengan diaorang sekali terkena.
"Kurang ajar punya betina ni! Nak kena penampar aku agaknya!" Zanita mengherdik lagi dan benar-benar marah dengan sikapku yang melawan. Takkan nak duduk diam pula.
"Betina itu untuk orang seperti kau yang tak tahu adab bercakap dengan orang. Nak herdik orang sesuka hati dan mementingkan diri sendiri. Muka saja cantik tapi perangai macam orang tolol." Zanita semakin geram dan mengangkat tangannya untuk menampar muka aku. Belum sempat dia berbuat demikian aku terlebih dahulu menghalangnya. Zanita menjadi semakin geram dan sakit hati.
"Kau ingat muka aku ni papan diskaun boleh suka-suka ditampar? Walaupun aku baru dalam sekolah ni tapi tak bermakna kau boleh suka-suka nak letak tangan kau kat muka aku. Sebelum datang angin aku bertambah buruk dan tapak kasut aku melekap dekat muka kau baik kau berambus sekarang! Jangan cuba-cuba nak cari pasal dengan aku! Pergi cermin muka kau dulu dan tatap baik-baik. Perangai ntah apa-apa, macam budak kecil." Tegasku dan hilang sudah semua kesabaran.
"Kau ingat Lisa! Jangan kau ingat kau senang terlepas dari cengkaman aku. Kau tengok sajalah nanti apa akan terjadi" Getus Zanita memberi amaran.
"Ok...aku tunggu saat itu. Tapi jangan akhirnya nanti kau pula yang melalak tanda menyesal."
Zanita berlalu pergi dan memandang aku dengan pandangan yang begitu tajam dan penuh dendam. Aku menggelengkan kepala dan hairan dengan sikap Zanita yang negatif terhadap aku. Apa punyamanusia pun aku tak tahulah. Sikit-sikit nak cari pasal dengan aku. Cukuplah sejarah lalu yang membuatkan aku tercampak ke sekolah lain. Aku tak nak perkara yang sama berulang dalam sejarah hidup aku.
"Kau ok ke Lisa? Nita tu memang dah melampau. Sukahati dia saja." Soal Marini.
"Aku ok saja. Maaf susahkan korang pulak."
"Dia memang macam tu Lisa, suka cari masalah dengan orang. Paling habis mengadu dengan bapak dia. Mentang-mentang bapak dia selalu bagi sumbangan derma paling besar dia jadi berlagak."
"Biarlah dia. Kita tak perlu nak sakit hati orang macam dia. Kita sendiri rugikan. Sudah jom kita balik. Nanti mak Zura marahkan dia pula sebab balik lewat." Pujukku dan kami beriringan pergi. Aku terfikir apa ugutan Zanita terhadapku nanti. Hubungan aku dan ibu bapaku baru saja pulih. Takkan Zanita nak mengadu pada bapak dia pulak dan suruh guru besar ambil tindakan tukarkan aku ke sekolah lain. Aku terfikir-fikir ke arah itu.
************************************************************************************
"Lisa, masuk ke bilik saya sekejap! Ada perkara yang saya nak bincangkan dengan awak! Sekarang juga!" terperanjat Lisa mendengar suara itu dan membuatkan ramai yang memandang ke arahnya. Lisa menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pelik sungguh.
"Apahal pula si harimau muda ni? Pagi-pagi sampai lalu depan meja aku nak marah-marah. pantang aku kalau orang main nak herdik-herdik terus. Ikut suka hati dia saja. Dah lah dulu satu sekolah buat masalah dalam hidup aku dengan Zanita yang tak tentu arah nak bermusuh dengan aku. Sekarang ni boleh pulak aku satu syarikat dengan dia. Hairan macam mana aku senang betul dapat kerja di sini sedangkan ramai lagi yang hebat-hebat dari aku" Ngomel Lisa sendirian.
"Saya Encik Azmi? Ada apa-apa yang boleh saya tolong?"soalku lembut dan memaniskan muka.
"Awak ni tahu ke tidak buat kerja!" herdik Azmi secara tiba-tiba. Sungguhpun majikan tapi dia tak ada hak nak menengking orang tanpa usul periksa.
"Kerja? Kerja apa Encik Azmi? Semalam saya...." belum sempat aku habiskan ayat tiba-tiba Azmi mencelah.
"Surat tender yang saya suruh awak buat semalam itulah. Ini ke tatacara kerja awak dalam syarikat? Ayat semua langsung tidak teratur dan tunggang langgang isinya. Tak ikut format langsung!"
"Surat apa Encik Azmi suruh saya buat? Sedangkan semalam saya bercuti." Balasku untuk mematahkan kata-kata Azmi. Aku dah jadi geram dekat dia ni.
"Semalam awak bercuti? Err....err..." Gugup Azmi seketika. Entah kenapa dia sendiri pelik sebab selalu nak memarahi Lisa tanpa memeriksa dahulu.
"Ya, Encik Azmi sendiri yang meluluskan cuti saya. Saya kata saya ada urusan peribadi yang perlu diselesaikan dengan kadar segera. Encik Azmi yang memberikan persetujuan." Kataku lagi untuk menambahkan rasa bersalah dalam diri Azmi.
"Hmm..Kalau macam itu awak boleh keluar sekarang. Terima kasih" balas Azmi ringkas. Lisa terpinga-pinga dan berkerut dahinya. Pelik dengan sikap Azmi.
"Baiklah terima kasih Encik Azmi. Saya keluar dulu" aku berpaling dan terus keluar. Hatiku berbisik sendirian lagi. Sendiri bagi aku cuti sendiri boleh lupa. Majikan apa macam ni. Lama-lama aku boleh kena sakit jantung.
"Aduh...! Macam mana aku boleh lupa dia bercuti semalam. Kan dah tak pasal-pasal aku malu sendiri. Tapi cair pulak aku tengok senyuman minah ni tadi. Daripada sekolah sampai sekarang senyuman itu selalu aku lihat. Cantik." Kata Azmi sendirian di dalam bilik. Dia hanya tergelak kecil ketika Lisa membalas kata-katanya dan membuatkan dia termalu sendirian akhirnya.
Azmi sendiri tak mengerti mengapa selalu sangat dia nak 'serang' Lisa. Sedangkan Lisa tidak membuat kesalahan apa-apa pun. Malah rajin membuat kerja dan sentiasa tersenyum. Cuma satu sahaja dia pantang kalau orang cari pasal. Dia akan mempertahankan diri dia sendiri. macam kejadian sebentar tadi. Teringat kembali dia bagaimana Lisa melawan kata-kata Zanita dan membuatkan Zanita menjadi pendendam dan sakit hati terhadap Lisa. Sedangkan Lisa tidak membuat apa-apa kesalahan terhadap Zanita. Azmi tiba-tiba membandingkan diri dia dan Zanita. Macam sama pula sebab selalu nak cari pasal dengan Lisa. Azmi terus tersedar dan menggelengkan kepalanya lagi. Tapi Azmi suka mengusik Lisa.
"Lisa....maafkan saya sebab selalu buat awak sakit hati. Saya pun degil sengaja mencari amarah awak."
Akhirnya Azmi tersenyum sendirian. Lisa meneruskan kerjanya di luar dan tanpa sedar ada sepasang mata yang memerhatikannya tanpa lepas. Sejak dari sekolah Lisa diperhatikan oleh sepasang mata yang sama. Mata yang mencuri-cuti pandang wajahnya.
"Aduh! sakit pula mata ni tenung lama-lama....hehehehe" Azmi berpaling dan menggosok-gosokkan matanya yang pedih. Akibat merenung terlalu lama.
*************************************************************************************
(bersambung...saya dah tak larat....heehehehehe) - cerpen bersiri... (^_^)
Dikala ini tiba-tiba perasaan ku tersentak peristiwa yang sekian lama aku pendamkan dilubuk hati. Suatu peristiwa yang meragut kebahagiaan yang ingin aku kekalkan. Sidia yang masih aku ingati sehingga kini dan tak akan mungkin untuk ku terlupakan.
“ Liana.....maafkan saya....”
“ Maaf....?? Untuk apa mintak maaf awak....bukan awak ada buat salah apa-apa pada saya...?? Ada apa ni....Serius tengok muka awak.....?? “ Soalku tiba-tiba.
“ Liana....saya betul-betul minta maaf pada awak....mungkin ini pertemuan kita yang terakhir....Saya sendiri tidak sampai hati untuk nyatakan berita ini pada awak....Liana...” Balas sidia padaku. Terpancar kemuraman dan keresahan di wajahnya.
“ Kenapa awak....??? Lain macam saya tengok....awak ada masalah apa-apa ke...?? “ soalku lagi dan perasaan ku menjadi tidak menentu.
“ Kita tidak akan dapat bersama.....Ibu saya tidak mengizinkan dan puas sudah saya memujuk tetapi ibu saya tetap tidak merestui perhubungan kita berdua....Maafkan saya sangat-sangat awak....” Jawabnya sehingga benar-benar membuatkan daku terkelu seketika dan tiba-tiba terasa sebak serta pilu bertandang didalam setiap pelusuk jiwaku.
“ Tak mengapalah...mungkin sudah tiada takdir diantara kita...awak kena ikut kata ibu awak....Azuan....” jawabku sehingga bergenang airmata ditubir.
“ Awak...saya benar-benar tidak sangka ini terjadi antara kita....saya sayangkan awak....tetap sayang.....” katanya cuba memujuk rawan didalam hatiku yang sudah pun terluka.
“ Saya faham.....sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga awak....kenalah dengar kata ibu....jangan sesekali awak lukakan perasaannya....Kasih ibu membawa ke syurga....saya redha jika ini ketentuanNya....terima kasih awak sebab sudi bagi kasih sayang untuk saya selama ini....sangat-sangat saya hargai......” ucapku pilu.
“ Liana....saya....saya....”
“ Saya nak balik awak....tolong hantarkan saya pulang....Saya pohon maaf andai selama ini saya ada buat awak rasa tidak rasa selesa....halalkan segala makan minum yang awak berikan pada saya....saya doakan yang terbaik dan kebahagiaan untuk awak.....tolong awak.....saya nak balik..lagi lama saya disini semakin remuk hati saya....” pintaku untuk selesaikan segalanya secepat mungkin. Azuan terdiam seribu bahasa.
“ Liana...sematkan dalam hati....saya tetap sayangkan awak....cintakan awak....rindukan awak....kasihkan awak sampai bila-bila.....Tidak mungkin akan saya lupakan awak....” Pujuk Azuan.
“ Tolonglah....saya nak balik sekarang....” jawabku ringkas.
Azuan menghidupkan enjin kereta dan memecut kenderaannya. Sepanjang perjalanan aku diam dan kelu tidakberkata-kata. Hanya sunyi yang kedengaran tatkala itu. Masing-masing diantara kami melayani
**********************************************************************************
“ Liana....kau buat apa sorang-sorang tu....jom minum...aku dah buat air ni...” Tiba-tiba Mira datang diberanda. Memang kalau hari cuti setiap minggu kami akan duduk bersama diwaktu petang berkongsi-kongsi cerita.
Cepat-cepat aku menggelap airmata agar Mira tidak perasan. Aku berpaling dan senyum. Mira melihat aku dalam kehairanan. Mungkin dia sudah perasan.
“ Eh...kenapa macam baru orang lepas menangis ni.....??? Kau ada masalah ke...?? Mari sini cerita dengan aku.....” Soal Mira.
“ Mana ada menangis...perasaan kau aje tu...hehehehe....” Aku berpura-pura berselindung.
“ Eleh...jangan nak tipu lah....Macam lah aku kenal kau dalam sesaat. Dah 3 tahun kita duduk serumah....Jangan nak selindung dengan aku....” Balas Mira dan membuatkan aku tidak dapat membohonginya.
“ Tak ada apa-apa lah....Aku ok....Cuma layan perasaan sorang-sorang....dah jangan risau....” Jawabku sambil tersenyum.
“ Kau ingat dia lagi ye....??? Babe jangan nak sorok-sorok dari aku....” jawapan Mira membuatkan aku tersentak dan tiba-tiba terasa sebak.
Aku terdiam dan tertunduk seketika. Airmata yang berbaki akhirnya bergenang semula. Mira menenangkan perasaan aku. Sesungguhnya aku tidak dapat menipu diri ku sendiri.
“ Aku......aku..... masih tak dapat lupakan dia walaupun sudah 4 tahun berlalu....” sendu ku bertangis hiba. Mira memujuk ku dan aku masih menangis serta berperang dengan perasaan ku sendiri.
“ Liana...aku faham apa yang kau rasa.....kuatkan semangat kau...jangan begini....pilu aku tengok keadaan kau sebegini..... Kau kan seorang yang ceria.....?? Kau menangis sebegini aku rasa bimbang....”ujar Mira.
“ Maafkan aku Mira....tak sepatutnya aku babitkan kau diatas perasaan aku yang bercelaru ni.....Maafkan aku.....”
“ Tak mengapa Liana...ada masa kita perlu menangis untuk kurangkan rasa beban dihati....Jika ditahan lama-lama akan merosakkan perasaan kat dalam tu.....kalau kau ada rasa apa-apa nak share....jangan malu-malu....” Balas Mira sambil mengenyitkan mata.
“ Thanks Mira...you’re supportive on me.....really appreciate that..... I won’t be like this again....Count on me....” Balasku sambil memeluk Mira. Teman serumah yang aku kenali 3 tahun dahulu. Susah dan senang dikongsi bersama.Tangis dan gembira kami luahkan bersama.Nurul Amira kamu memang sahabat yang baik dan memahami.
************************************************************************************
Dalam terleka membuat tugasan aku hampir tidak sedar sudah sampai waktu makan tengahari. Itu pun nasib rakan sepejabat ku memanggil namaku. Kalau tidak memang takkan sedar.
“ Kau ni kalau buat kerja memang tak sedar tau....Jom lah makan...Lapar ni...” rengek Lisa.
“ Hahahaha...sorry babe....tak perasan...Jom kita makan....aku pun lapar....tapi nak makan kat mana harini......?? Tempat biasa ke...?? “ Soalku
“ A’aaah...tempat biasa lah...kat mana lagi kita nak pergi...Tenda Biru lah tempat kita isi perut...Eh kita ajak Azmir, Suri dengan Siva sekali lah....sekejap aku intercom diaorang....” Kata Lisa.
“ Ok aje....tak kisah....” Senyumku.
Tiba-tiba telefon bimbit ku berbunyi. Aku kenal nombor panggilan yang tertera. Nombor pejabat sepupu ku, Liza.
“ Assalamualaikum wr wbt....Kak Long.....”
“ Walaikumsalam wr wbt neng...hahahaha...apa mimpi telefon neh....baru nak keluar lunch....” Jawabku sambil mengusik.
Lisa melambai-lambai mengajak keluar. Aku menunjukkan isyarat ok. Sambil mengambil beg dompet ku didalam laci.
“ Eh buat lawak pulak dah....hahahaha....baru nak keluar makan ....?? Eja ada benda nak cakap ni.....Tapi takpelah Kak Long keluar makan dulu....Petang-petang sikit Eja call balik....Ok Kak Long....bye-bye....Assalamualaikum wr wbt...”
“Cerita apa pulak lah ni...macam sensasi pulak dah dengar....Ok petang nanti call balik....waalaikumsalam wr wbt “ Balasku dan berlalu pergi bersama Lisa serta rakan-rakan sepejabat menikmati makanan tengahari. Dalam fikiran aku terngiang-ngiang cerita yang sepupu ku hendak sampaikan. Bunyi macam serius sangat.
“Liana...kau berangan apa tu...??? Akak ni Tanya kau nak makan apa...?? Soal Siva. Lisa, Suri dan Azmir tersenyum-senyum melihat gelagat ku yang terleka.
“ Alah baru nak berangan keluar dating dengan kau Siva....hehehehe....Errrr..... akak saya nak Nasi Goreng Kampung dan air sirap laici ye.....ais tu saya nak kurang” Pintaku sambil tersengih-sengih.
“Bahagia lah aku rasa kalau kau ajak dating Liana....hahahahaha...” Kami semua tertawa.
************************************************************************************
“ Mama.....Papa.....Liana nak berpindah duduk rumah sewa. Perjalanan nak pergi bekerja pun tak seberapa jauh kalau dibanding dari sini.....Lagipun jammed di Kuala Lumpur ni buat Liana jadi sesak....boleh ya Liana duduk menyewa diluar...??” Tutur ku meminta keizinan.
“Kamu menyewa dimana...?? Berapa orang dalam rumah tu....?? Kawasan perumahan disana selamat kah....Jiran-jiran kamu orang tempatan kah....??” soal mamaku dengan panjang lebar dan membuatkan daku tersengih-sengih.
“Liana menyewa di Ampang....Berdua, Liana dan Mira.....dia penyewa tunggal... Lagipun dah si Mira lama mencari rakan sewa. Kebetulan Liana dapat......Kawasan perumahan sana selamatlah mak.....Semua orang tempatan......Mama ni risau sangat....” balasku sambil tertawa kecil.
“Mama kamu tu memang...sikit-sikit nak risau....Papa sendiri pelik dengan mama kamu ni.....Langsung tak nak berenggang....”celah papaku.
“Mana Zah tak risau abang....Liana ini lah seorang anak tunggal kita bang oiii....Lagipun dia kan perempuan....Nak lagi sekarang macam-macam kes berlaku....Sebagai mama dia...memang Zah rasa keberatan....”Balas mama ku.Naluri seorang ibu memang sebegitu.
“Bukan abang tak tahu....Nanti Zah bosan duduk sorang-sorang dirumahkan....Anak kita dah besar Zah....tahu lah dia menjaga diri....Selama dia ada depan mata kita pun bukan dia ada buat benda tak senonoh....Cubalah bagi anak awak ni hidup berdikari....”Jawab papaku dan aku hanya tersenyum-senyum.Mamaku memang terlalu rapat denganku.Cuma ketika aku terluka aku hanya pendamkan sendiri dan tidak berkongsi apa-apa.Aku tidak mahu mamaku susah hati.Lagipun aku bertekad menyewa diluar adalah untuk menjauhkan diri daripada sidia.Aku bimbang lama kelamaan keterlukaan ini dapat dihidu mama ku.Aku tidak mahu mama ku membenci sidia.
“Abang ni...anak sorang senang betul nak lepaskan.....Liana....nanti selalu-selalu lah balik rumah....cuti balik sini....mama masak sedap-sedap untuk Liana....bawa sekali kawan kamu.Boleh juga mama berkenalan dengan dia.....Dengar sayang....kalau ada masalah apa-apa....Liana cepat-cepat menghubungi mama....Jangan sorok apa-apa ya sayang....” Cium mamaku dan berlinang airmatanya.Aku hanya tersenyum dan memeluk erat mamaku.Papa hanya tersenyum melihat gelagat kami berdua.
Papa...Mama....kamu berdua memang Liana sayang sangat-sangat. Terima kasih kerana bersabar menjaga dan menyayangi anakmu ini.Padamu Ya Allah....Aku bersyukur kerna memiliki mama dan papa yang membahagiakan.Kepada mama.....Liana sayang mama sangat-sangat....mama bukan sahaja ibu...malah juga sahabat Liana....Kepada papa....terima kasih kerna menjaga kami berdua dengan sabar dan penuh dengan kasih sayang. Mama dan papa adalah orang terhebat. Sidia...aku berdoa semoga berbahagaia diatas jalan yang dipilih. Biarpun ku terluka, namun ada hikmah disebaliknya.Ku akui bukan mudah untuk ku lupakan segalanya.Biar lah sekeping hati ini menyimpan segala-galanya. Terima kasih kerna pernah singgah dihati ini untuk disayangi....dikasihi...dan dicintai.....
************************************************************************************
Tiba-tiba telefon bimbit ku berbunyi. Keudara lagu Menyesal dari dendangan Ressa Herlambang, penyanyi yang berasal dari seberang.Indonesia.Jam sudah menunjukkan pukul 5.00 petang.Waktu bekerja hampir tamat dalam setengah jam lagi.
“Assalamualaikum Kak Liana.....sibuk ke...???”kedengaran suara sepupu ku.
“Waalaikumsalam....tak adalah sibuk sangat...Kenapa...?? nak tolong buatkan ke...hahaha” balasku sambil mengusik.
“Boleh....boleh...boleh blah...Kerja Eja pun tak ada orang nak tolong buatkan...hahaha...kalau tak sibuk Eja ada benda nak cakap....mesti Kak Liana terkejut....”
“Eh..eh...cerita apa ni....bunyi serius semacam...kenapa pula mesti sampai nak terkejut....nak bagi bonus Eja dekat kak Liana ye...hahahaha”Usik ku lagi.
“Wah...wah...nak bonus pulak dah...hahahaha....Errmmm...Kak Liana ingat tak abang Azuan...??? haritu Eja ada terjumpa dia dekat pasar malam...amboi sekarang bertambah handsome Eja tengok..Nasib baik Eja dah kahwin...kalau tak dah mengorat abang Azuan tu....hahahahaha”kata-kata Eja menyentakkan perasaanku. Satu nama yang mengegarkan perasaan ku dan hampir terlepas telefon bimbitku dari genggaman.
“Hello....hello....Kak Liana....hello....kenapa diam pula ni....Eja ada salah cakap ke...??”
“Err....err....tak...tak....apa kamu kata tadi....??” soalku semula.Sedangkan sudah tahu apa yang disampaikan oleh sepupuku.
“Eja ada terjumpa dengan abang Azuan haritu dekat pasar malam....Eja bertegur sapa dengan dia...oh lupa pulak....dia ada tanya tentang Kak Liana....Eja cakap lah....akak tak duduk sini....sudah menyewa luar...dia ada tanya Eja akak sihat ke....dah kahwin ke....Eja kata akak sihat...makin cantik pakai tudung....masih single...”
“Ye ke....dia sihat ke...???”soalku ringkas.
“Dia sihat...makin manis muka.....eh sampai terlupa pulak Eja....dia ada jemput dating majlis kahwin hujung bulan ni.Dia tak sempat nak hantar kad dekat rumah kak Liana..dia wakilkan Eja jemput satu keluarga kak Liana...”
Hampir luluh jantung ku mendengar perkhabaran yang disampaikan.Aku sendiri bingung kenapa mesti ada perasaan sebegitu lagi.Sedangkan dah 4 tahun berlalu.Membawa haluan masing-masing.Kenapa mesti nakbertanyakan keadaan aku.Tiba-tiba aku menjadi sebak dan pilu.
“Oh...insya’allah kalau tak ada aral melintang sampai lah ke majlis dia...semoga dia bahagia dunia akhirat.Tahniah untuk dia.....”jawabku hiba.
“Eh bukan dia yang nak kahwin....adik dia...si Azli tu yang nak kahwin...dia jemput datang majlis tu....Itulah...Eja tak habis cakap lagi...mesti nak terkeluar jantung tu dengar tadikan...hehehe...maaf ye kak....”
Tiba-tiba aku rasa boleh bernafas semula.
“Kamu ni kan...lain kali cakap lah terus....hahahaha...tengok kan dah kantoi...hahahha....mana ada nak terkeluar jantung...”balasku menyembunyikan perasaan.
“Ok lah Kak Liana...jangan lupa pesan dekat Mak Chu dan Pak Chu, Eja kirim salam....Nanti kita borak-borak lagi....”
“Ok..insya’allah....kirim salam dekat mak kamu juga.....”
“Sebelum letak ni Eja nak minta maaf sebab bagi nombor kak Liana pada abang Azuan...hehehe....bye....assalamualaikum ”Klik....kedengaran telefon diletakkan.
Belum sempat aku nak balas, sepupu ku pantas bertindak.Geram betul.Kenapa bagi nombor aku dekat dia pulak.Kenapa dia nak pulak nombor telefon aku.Kan dah wakilkan sepupu aku jemput datang majlis kahwin tu.Alamak apa nak buat kalau tetiba dia call ke hantar pesanan ringkas ke.
************************************************************************************
Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Dah siap semua kerja rumah. Aku dan Mira ada tugas masing-masing dirumah kalau bercuti hujung minggu.
“Liana...harini lepak dekat rumah aje lah....kesian mama kau asyik masak untuk kita kalau balik sana....Segan aku selalu datang sana....”
“Nak lepak dekat rumah....?? Ok sekejap nak call mama beritahu tak balik minggu ni....”
“Ok...lepas tu kirim salam dekat mama kau eh....”
“Ok...kirim salam aje....lain-lain takde...hehehehehe”usikku.Mira hanya ketawa.
Kring...kring...kring...
“Hello...assalamualaikum mama....”
“Waalaikumsalam sayang....buat apa tu...?? dah minum...?? Bila nak balik ni...dari tadi mama tunggu..”sahut mamaku.
“Maaf mama....Liana nak beritahu ni...minggu ni Liana tak balik....minggu depan Liana balik ye dengan Mira...”
“ Tak balik...?? sayang nak pergi mana minggu ni...??”soal mamaku kehairanan.
“Liana tak pergi mana-mana...duduk dekat rumah aje...mama jangan risau ok....mama, Liana nak sambung buat kerja rumah.Nak basuh kereta sekejap.Nanti kalau free Liana call mama....Kirim salam sayang dekat papa ye mama....i love u mama....miss mama and papa”
“Ok sayang....hati-hati...jaga diri elok-elok ye....”
“Ok mama...assalamualaikum”
“Waalaikumsalam sayang...”
“Liana...petang-petang nanti kita lepak dekat beranda....lama dah tak lepak-lepak kan....”
“Lepak-lepak aje...minum-minum takde...??? kering tekak kalau bercakap tak minum....boleh berdarah tau....hahahaha”
“Ye...ye...aku buat kopi. Tapi sebelum tu kita jalan kaki sekejap dekat simpang depan tu beli goreng pisang dekat gerai Makcik Halimah...sedap jugak makan panas-panas...” balas Mira.
“Ok...hehehe...eh lupa nak beritahu...minggu depan ada kenduri kahwin...kita balik rumah mama...”
“Siapa kahwin...??”soal Mira ringkas.
“Err...adik sidia...tapi patut ke pergi...??”
“Oh...adik Azuan...pergi aje lah...kenapa...gugur jantung ye...hehehehe”Mira tersengih.
“Hmm...tengoklah macam mana....”kataku ringkas.
“Manalah tau kalau-kalau pergi tu bersambung kembali ke...hehehehe”
“Eh...kesitu pulak...tak harap pun....”
“Ye ke....nanti orang tu senyum sorang-sorang....”usik Mira.
“Senyum kan sedekah...hehehehe....”
“Ye sedekah untuk sidia kan kan kan...hahahaha...sorry eh..saja nak usik-usik...”
“Kau memang...hahahaha...thanks friend....”
“Ye sama-sama...”
Tiba-tiba aku teringat panggilan sidia beberapa hari yang lalu.Benar-benar membuatkan aku rasa nak pengsan.Dengar suara yang amat aku rindu 4 tahun yang lalu buat aku rasa nak terbang.Kenapa mesti ada perasaan macam tu lagi.
************************************************************************************
“Hisshhh...kenapa nak susah sangt nak tidur malam ni.....tiba-tiba pulak dah....”ngomelku sorang-sorang atas katil sambil berguling-guling kiri dan kanan.
Keudara lagu Menyesal secara tiba-tiba.Aku terlihat nombor panggilan yang tidak dikenali.
“Siapa pulak call malam-malam buta ni...”
“Hello...assalamualaikum....”
Panggilan ku jawab.Tetapi tiada jawapan pada pada talian yang menghubungi aku.Aku menjadi pelik.
“Hello....hello....siapa tu....”
“Liana.....”
Tiba-tiba jantung ku berdetak kencang.Satu suara yang agak lama tidakku dengari selama 4 tahun ini.Aku menjadi terdiam dan terkaku seketika.
“Waalaikumsalam Liana....hello...apa khabar Liana...??”
Aku masih mendiamkan diri....terperanjat dengar apa yang aku dengari sekarang.
“Hello...Liana....awak ada disana lagi....??”
“Hello...”jawabku ringkas
“Apa khabar Liana....sihat...?? maaf saya ganggu Liana tengah-tengah malam ni....boleh kita berbicara sebentar...??”
“Saya sihat alhamdullillah....tak mengapa...saya pun tak boleh nak tidur....”
“Hujung bulan ini adik saya berkahwin...jemput awak dan sekeluarga datang....saya harap awak sudi hadirkan diri....”pinta Azuan dihujung talian.
“Saya tak boleh berjanji...kalau ada kelapangan saya akan hadir...insya’allah...itu aje saya boleh cakap...”
“Kalau boleh awak hadirkan lah diri...dah lama saya tak nampak awak Liana...saya dapat tahu awak menyewa diluar...selepas peristiwa itu saya rasa bersalah sangat dengan awak Liana....saya...saya....”
“Boleh tak awak jangan ungkit kisah lalu...saya dah lupakan pun...saya sentiasa doakan kebahagiaan awak...”
“Saya tahu saya bersalah Liana kerna melukakan perasaan awak...tapi itu....”
“Awak...tolong berhenti ceritakan kisah lalu....saya tak berdendam malah bangga kerna ibu awak ada anak seperti awak yang patuh dan taat pada suruhannya....saya redha jika itu sudah ketentuannya....oklah awak..saya mengantuk pula...pagi-pagi nanti dah bangun nak bekerja...anyway thanks for calling me...really appreciate that...nite....assalamualaikum”
Cepat-cepat aku mematikan talian.Kerna aku tidak mahu dia mendengar tangisan ku.Kenapa sekarang dia muncul kembali.Setelah puas aku mencuba melupakan kewujudan sidia.Hancur dan luluh hati ini bila mengenangkan kisah lalu.Aku sendiri tidak mengetahui mengapa ibunya tidak menyukai aku.Akhirnya aku tertidur dalam tangisan.
************************************************************************************
“Mira...ok ke pakai baju warna merah jambu ni...??”soalku.
“Kau pakai warna apa pun cantik...kulit putih...muka cute...hehehehe”
“Eh mana ada....memandai lah kau...hehehehe”
“Lah orang cakap tak nak percaya pulak...”
“Ye lah...yelah...percaya....belanja aku makan pizza...hehehehe”
“Amboi-amboi....”
Setelah bersiap-siap aku, Mira serta mama dan papa mengorak langkah menuju dewan serbaguna yang berdekatan untuk menghadiri majlis kahwin adik sidia.Jantung dan dada ku berdegup kencang.Serba tak keruan.Nak sahaja aku lari balik ke rumah.Tapi Mira memegang erat kemas lenganku.
“Babe...relax....relax....cool...cool....aku tau kau tengah gelebah...aku ada...mama dan papa kau pun ada....jangan risau ok....”
“Aku rasa macam nak berlari balik aje Mira....aku tak rasa kuat sekarang ni....”
“Sabar...kau kuat...”ujar Mira sambil tersengih.
Aku nak tak nak kenalah juga melangkah.
Sampai sahaja didewan itu, ramai datang kepada ku.Kawan-kawan lama aku dan sidia.Aku memperkenalkan Mira kepada mereka.Mereka menyambut baik dan bertegur sapa.Aku takut nak memandang keadaan sekeliling.Mama dan papa memanggil masuk kedalam dewan.Setelah bersalam-salam kami mengundurkan diri masuk kedalam dewan.Aku mengajak mama dan papa serta Mira duduk dimeja yang agak tersorok.Aku menolak duduk dimeja barisan yang tengah.Mama dan papa pelik melihat gelagat aku.Aku beri alas an tak nak pening-pening tengok orang lalu lalang dekat tengah.Mira yang memang memahami perasaan aku menyokong tindakan aku sambil tersengih-sengih.
“Assalamualaikum Liana...terima kasih sudi datang.Manis awak bertudung litup.Masih cantik seperti dahulu.Terpegun saya melihat awak tadi.”pesanan ringkas yang aku baca membuatkan aku menjadi kelam kabut.Pandang kiri dan kanan, namun kelibat dia tidak ku nampak.Main norok-nyorok pula.
Aku tidak membalas pesanan ringkas itu.Membiarkan sahaja.Kalau layan nanti aku sendiri yang terluka.Cukuplah sekali dahulu.
Setelah selesai semua.Mama dan papa bersalaman dengan tuan rumah.Aku dan Mira duduk sambil memerhatikan keadaan sekeliling.Tanpa ku sedar tiba-tiba satu suara menerjah.
“Assalamualaikum....boleh duduk sekali....”
“Waalaikumsalam...”balas serentak aku dan Mira.Baru aku nak bangun.Mira bertindak pantas.
“Eh duduk lah...takkisah pun.....nak duduk sebelah Liana pun tiada siapa yang menghalang...”terbeliak mata aku mendengar jawapan Mira.Pantas aku mencubit peha Mira.Mengaduh seketika Mira dan aku menjeling tajam.
“Eh kenapa...??”
“Errr...tak...tak...apa-apa...terpijak kaki sendiri....”
“Eh..macam mana boleh terpijak kaki sendiri tu....??”soal Azuan kehairanan.
Aku tersenyum sendirian.Padan muka, siapa suruh memandai cakap macam tu.
“Hehehe...saya memang macam ni...kadang-kadang terpijak kaki sendiri...maklum nak terpijak kaki orang nanti...kena baling dengan kasut pulak....”
Azuan dan aku hanya tersenyum mendengar jawapan Mira.Aku rasa nak tergelak pun ada.Tak logik langsung.
“Hai Liana...Terima kasih datang majlis adik saya ni....Nak bertegur sapa dengan mama dan papa awak rasa segan...”
“Hmmmm.....”itu sahaja jawapan yang aku berikan.
“Eh...sekejap...aku nak pergi ke tandas...sakit perut pulak tiba-tiba....”tiba-tiba Mira bersuara.
“Jom...aku nak ikut sekali....”jawabku untuk mengelak dari tinggal berduaan.
“Eh kau ni...aku nak jual saham pun nak ikut...duduklah kat sini...nak tunggu aku dalam tandas tu kenapa....”jawapan Mira buat aku bertambah semakin geram.
Azuan hanya tersenyum mendengar jawapan itu.Nak tak nak terpaksa lah aku duduk dimeja bersama dengan sidia.
“Kau cepat sikit...aku nak balik ni...nanti nampak mama dan papa panggil sekali ajak balik....”
Mira mengangguk tanda setuju dan terus berlari.Aku hanya memandang sepi.
“Liana...awak marah pada saya lagi...??”tiba-tiba Azuan bersuara.
“Taklah...Cuma saya tidak berasa selesa kita duduk berdua begini.Nanti Nampak mak awak apa pula kata dia kan....”
“Sebenarnya...mak saya dah meninggal tahun lalu.Sakit jantung....dan dia ada tinggal pesanan untuk awak...Puas saya cari awak Liana...”
“Oh...maafkan saya....saya tidak tahu berkenaan dengan arwah mak awak...pesanan....?? pesanan apa pula...??”soalku kembali kehairanan.
“Arwah mak saya nak minta maaf atas sikap dia dulu pada awak....”
“Saya dah lama maafkan dan saya tak ambil hati pun.Biasa lah ibu akan melebihi anaknya terlebih dahulu dalam segala hal....”
Tiba-tiba telefon bimbit ku berbunyi dan aku baca pesanan ringkas dari Mira.
“Babe...aku...mama dan papa kau balik dulu...hehehe...sorry...mintak dia hantar kau pulang ok...”
Aku menjadi geram dengan Mira.
“Saya nak balik dulu....mama dan papa...serta Mira dah tinggalkan saya....maaf sebab dapat berbual singkat....kalau ada umur panjang kita berbual lagi.....”
“Saya hantarkan....”pelawa Azuan.
“Eh tak payah...dekat aje...jalan kaki pun boleh...”
“Jangan degil Liana....mari saya hantar awak pulang....”
Nak tak nak kenalah juga aku balik dengan sidia.Mira ni nak kena tomoi dengan aku tau.Siap dia balik nanti kat rumah.
Dalam perjalanan pulang aku hanya mendiamkan diri.Seperti Azuan juga kelu seribu bahasa.dan tiba-tiba Azuan memasuki selekoh yang bukan menghala kerumah mama ku.
“Eh...awak dah salah jalan ni...rumah saya selekoh yang tadi tu.....awak nak bawa saya pergi mana ni...??”soalku nada terkejut dan tidak berpuas hati.
“Saya nak bawa awak satu tempat....dan ada benda yang saya nak cakap....”
“Kenapa perlu bawa saya ke tempat yang jauh-jauh...kat dalam kereta ni tak boleh nak bercakap ke...??”getusku geram.
“Saya nak bawak tempat sejarah kita 4 tahun lalu....”
Tiba-tiba otak ku ligat befikir.Tempat bersejarah..?? tempat apa yang bersejarah sangat 4 tahun lepas...
“Lepas tu hantar saya balik rumah cepat-cepat....saya taknak lama-lama...”
“ Saya akan hantar...awak tak perlu nak risau sangat...betul kata Mira awak memang seorang yang degil....”tersenyum Azuan dan aku bertambah geram mengenai Mira.
Setelah Azuan memberhentikan keretanya.Baru aku perasan tempat yang Azuan nyatakan.Tiba-tiba dada ku menjadi sempit, sebak dan hiba.Aku sedang berperang dengan perasaaan sendiri.Ya, tempat ini lah aku dan dia bertemu kali terakhir.Kali terakhir yang membuatkan aku membawa diri.
“Liana.....”
Aku hanya tunduk diam membisu.Azuan meraih tangan ku dan aku mencuba melepaskan semula.Tetapi genggamnya lebih kemas dari yang aku sangka.Terpaksa aku biarkan.
“Pertama sekali saya bersyukur dapat bertemu kembali dengan awak....doa saya dimakbulkan...”
“Saya nak sampaikan pada awak yang saya ingin menyunting awak sebagi isteri saya....ibu kepada anak-anak saya...menantu kepada ayah saya....dan teman saya sampai akhir hayat....”
Terkejut aku mendengar pengakuan itu.
“Tapi....”
“Beri saya habiskan semuanya dulu Liana....Selepas itu awak buatlah keputusan sebaik-baiknya....”
“Saya benar-benar tidak dapat melupakan awak Liana....Ada sesuatu yang istimewa tentang diri awak....Ibu saya sebelum menghembuskan nafasnya terakhirnya...dia redha memberikan restu sekiranya saya memperisterikan awak Liana....saya sangat-sangat bersyukur akhirnya ibu saya membukakan hatinya untuk menerima awak......”
“Saya cuba mencari awak Liana....tapi tidak berjumpa....itu pun bernasib baik saya bertemu dengan sepupu awak....”
Penerangan Azuan membuatkan aku menjadi terkesima dan terkedu seketika.Pada pendapatku dia akan mencari pengganti yang lebih baik dari diriku.Ternyata aku silap.
“Awak.....saya....saya....”aku sudah mula tersedu-sedu.
Sidia meraih tanganku dan mengelap airmataku yang sudah pun tertumpah.Tanpa segan dan silu aku mula menangis dihadapan sidia.
“Saya tahu Liana...awak pun tidak dapat melupakan saya.....begitu juga dengan saya....”
“Saya mengakui saya tidak dapat lupakan awak....saya rindukan awak setiap hari...sayangkan awak biarpun perpisahan terjadi...kasihkan awak dalam berjauhan dan membawa haluan sendiri serta saya....saya...saya masih.....”aku tidak dapat meneruskan lagi luahan rasa hatiku.
“Liana...pandang saya....”
Aku memandang dengan mata yang masih berkaca.
“ Masih ada rindu untuk awak yang begitu nakal tetapi degil.....masih ada sayang untuk awak biarpun kita terpaksa berpisah....masih ada kasihkan awak biarpun badai melanda dan akhir sekali....saya masih ada cinta untuk awak NURSHAZLIANA ANNISA.....”
Aku terkedu dan menangis semahu-mahunya.
“Saya cintakan awak sehingga ke akhirnya....”
Terima kasih untuk segalanya.Mira, kamu memang teman yang baik untuk menjadi pendengar setia ketika aku berada dalam suka dan duka.Terima kasih mama dan papa.Terima kasih SO”HIBUL AZUAN kerna menyayangi dan menyintai diri ini.
MASIH ADA SAYANG BIARPUN HATI INI TERLUKA...MASIH ADA RINDU BIARPUN TIDAK BERSAMA...MASIH ADA KASIH BIARPUN BERJAUHAN DAN BIARPUN BENCI TETAPI MASIH ADA CINTA
Cetusan imaginasi :
YUKARI INOMORI
17th January 2010

Dah lama tak menaip secara halus untuk sebuah perasaan yang lama terpendam.Haruskah aku menyimpan terlalu lama..?? sedangkan ia semakin lama memamah jiwa yang sudah lama kontang tidak berperasaan...atau erti kata lain DINGIN...tetapi perlukah aku luahkan semata2 untuk kepuasan diri sendiri...adakah orang2 sekeliling ku akan mengata " itupun nak cerita"
Kalau dah dinamakan manusia,mana puas segala benda...pasti ada yang suka....ada yang meluat...tapi bagi aku ini cara aku sendiri...meluahkan disini lebih baik dari bercerita melalui mulut ke mulut.....lain dicerita lain pulak akhirnya nanti....lumrah tokok tambah cerita sudah sebati dalam jiwa persepsi insan yang bergelar khalifah dunia....
Hati ini ingin menangis....tapi pada siapa untuk aku menangis..?? kegembiraan dan gelak tawa pada luaran adalah lapisan nipis untuk menutupi gundah didalam sanubari....Apa salah ku dan kenapa mesti aku tidak dapat memperolehi kebahagiaan...??? inikah dinamakan hukuman dunia...???lebih banyak keperitan yang aku rasa dari manisnya....
Jujur aku katakan aku seorang yang teramat bodoh...terlalu buta menilai apa itu cinta dan apa itu tempat persinggahan sementara cuma....kenapa sekali ... dua kali....aku masih tidak paham2....bahawa keseronokkan lebih penting dari kejujuran...keikhlasan.....mainan tipu daya sering mengelilingi....cuma aku alpa atas pengalaman terdahulu....terlalu singkat akal ku tidak tahu menilai dimana kaca dan dimana permata...
Patung kah aku sedang aku ini bernyawa dan berperasaan....hidup dengan siapa aku ini sebenarnya.....kenapa aku tak tahu siapa diantara kalian yang begitu tulus menerima diri ini...adakah semata2 kerana duniawi sahaja....atau aku sendiri buta tuli...tidak tahu menilai erti kesempatan dan kebenaran....
Rasa yang aku alami kini semakin lama semakin menjerut perasaan...tak tentu hala kehidupan yang hanya sesingkat cuma...kenapa mesti nak berterusan begini....?? apakah sudah termaktub bahawa itu lah takdir hidupku...
*** hati ini untuk siapa dan hati siapa untuk daku ***
Tak sangaka ye.....kawan yang aku boleh anggap kawan rupa2 talam 8 muka...selama aku berdiam diri takde lah pulak aku nak mengata2...takde lah pulak nak post itu ini....dan paling tak sangka...hamba allah ini lebih sudu dari sudip (tukar sket)
Kalau solat 5 hari semalam tapi hati busuk...nampak ye kat muka...ishh2....manusia...manusia...kalau mintak tolong lembut gigi dari keluli.....tapi bab mengata...perghhh sesedap kaki penendang kat muka...
Aku akan ingat sampai bila2....walaupun aku jenis pemarah...tapi aku bukan jenis pedendam...namun sekeras2 manusia akan cair jugak....jangan bentukkan sifat dendam dalam jiwa dan diri aku...sekali aku tak suke...sampai ke mati aku takkan suke...
Ish3....manusia takde sivik berperangai camtu...apa nak jadilah ye...

Rindu...kasih sayang...cinta...kedamaian...dan seanteronya itulah lah nikmat yang Engkau berikan padaku dan sekelian umat manusia....Ya....betapa daku rindu terhadapmu...betapa aku hina terhadap segala perbuatan dan perilaku ku yang selama ini telah pun tercatat tiap2 kiri dan kanan bahu ku...
KebesaranMu Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Pencipta Yang Tiada Bandingan untuk semesta alam....CiptaanMu terlalu indah dan tidak terfikir oleh akal yang cuma sebesar zarah terhadap kekuasaanMU dalam mentadbir alam.....
Astaqfirrullahaladziim....Astaqfirullahaladziim..Astaqfirullahaladziim...
Ya Allah Ya Tuhan ku...kepada Mu aku bersujud memohon ampun diatas segala perilaku aku selama ini....KepadaMu aku berserah dan tunduk patuh pada ajaranmu...Dari Engkau aku Diciptakan...dan Kepada Engkau aku Dipulangkan....SesungguhNya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....Maka terpahatlah segala 7 sumpahMu terhadap alam semesta yang Engkau ciptakan
" Demi matahari dan sinarnya di pagi hari...demi bulan apabila ia mengiringi....demi siang ia menampakkan diri...demi malam ia menutupi....demi langit dan seluruh binaannya...demi bumi dan segala hamparannya...demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya...allah telah mengilhamkan segala kebaikkan dan keburukkan...beruntunglah siapa yang mensucikan dan merugi lah siapa yang mengotorinya..." LAILLAHHAILLAH....ALLAHUAKHBAR!!!!!
Hehehehehe..semacam tengok title neh...hahahaha..sayang i'm back tu aku tujukan khas blog kesayangan aku neh..ekekeekeke...wah mishhnye ngan blog..dah sebulan lebih tak in ngan updata apa2...keje aku melambak...huwaaaaaaaa
Awal tahun banyak betul orang request record last year..nasib dah update...kalau tak menggelupur gak rasanya...huhuhuhuhu...tapi sekarang aku selalu jatuh sakit pulak...kerap demam panas...sekarang neh pun tak berapa sihat...batuk..selsema...tekak sakit...demam dah ok...cuma kepala otak macam weng sket...hahahahahahaha
Sahabat aku, Nor Baizura dah nak jadi orang JB neh. Maklum dapat keje gomen...assistant officer tu..perghhh...rezeki...rezeki...murah betul...sejuk pewot mak dia ngandungkan dia...ada masa aku nak lawat diorang lah...sekarang tak boleh..masa aku banyak habis kat office...huwaaa...dah macam takde life pulak...office dah jadi cam rumah...sentiasa ada....hari ini pun aku kat office...baru siap satu keje (lileks otak tengah sangap gaban)...orang time2 camneh dok umah rehat ke....lepak ngan kengkawan ke...aku tak...keje..keje..keje..
Sampai badan dah jadi kurus balik....yesssss...itu aku idam2kan...tapi aku kerap sakit pulak...time agak berisi aritu kurang lak sakit..huhuhuhuhu...tapi takpelah...aku datang buat keje...bukan rewang2 tak tentu pasal..
Huwaaa...baru aku terperasan...umur makin banyak neh...selalu sakit datang..hehehehe....kurang vitamin kot...hhahahaaha...dah telan antibiotic pun...antibodi masih kureng...hahahahahaahahaha..
Ada masa nak lawat kengkawan aku...nanti plan gi umah diaz...lepas tu gi umah emy kat perak..last sekali lawat kawan2 aku kat JB...wah tahun neh jalan sakan nampak daliana....hahahahahahahahahahaha..
peace2...kacang peasss...
assalamualaikum wr wbt..tataaa...
Huhuhuhuhuhuhu...Lama dah tak update blog...bukan ape...takde masa nak update...wakakakaka...bantai keje je...time santai pun kena cut2 dah sekarang...ekekekekeke...
05/02/09....genap dah umur aku 27 tahun...ekekekeke...terasa tua tol....hahahahaha...lagi nak cukup 3' series nih...ahak..ahak..ahak...pejam celik pejam celik...makin banyak angka umur aku....hahahahahahahaha...
Pada semua teman2 dan kenalan...yang telah mengucapkan ulangtahun kelahiran aku....thanks a lot.....i lap u all lah...hahahahahaha...pada bebudak office aku yang telah buat majlis sambut besday aku...thanks with trilion (walaupun aku sebenarnya bukan jenis yang sambut2 majlis besday nih...wakakakaka...bila orang buatkan aku rasa kekok....pasal tak biasa...ekekekekekekeke)
Sepanjang keje kat DNT nih dah 3 kali orang sambut besday aku....thanks...thanks...thanks....tapi kan tetap rasa kekok dan janggal...hahahahahaha....setiap kali diaorang nak buat suprise tak menjadi...pasal aku musti dah tau....diaorang main2 email untuk buat majlis arijadi sesape yang terkena...hahahahaha...sorry kengkawan....wakakakakakakaka....
Tapi tahun nih aku makan kek setakat jamah je....goreng pisang pun tak termakan...pasal aku dok leka urus keje...ahak...ahak...ahak....thanks kak ani ngan anna yang bagi aku hadiah.....ekekekekekeke....
Pada kengkawan yang hantar sms....email...post friendster...ym...face to face....tq2....adeh letih dari tadi tq...tak habis2 citer...wakakakakaka...sendiri taip sendiri kutuk diri....hahahahahahahaahahahahaha....adeh...sakit pewott gelak bebanyak...tergelak sensorang lelama orang cakap aku giler sawan....hahahahahahahahahaha
muackssssssssssssssssssss!!!!!!!!!!!!!!!!!!
DALIANA ZAINAL ABIDIN
05TH FEBRUARY 2009
Aku tak tau bagaimana harus aku mulakan dulu....aduh...semkin berat fikiran aku sekarang...kenapa aku perlu buat2 happy sedangkan hati aku tak sebegitu sebenarnya...Kenapa masih lagi tersimpan perasaan sebegitu dalam lubuk hatiku....makin ku cuba lempar semakin dekat ia datang...
Apakah ini dikatakan cemburu....?? tapi aku cemburu pada siapa...?? kenapa mesti aku nak cemburu sedangkan peristiwa itu sudah lama berlalu....Aku tak mahu ada berperasaan begini...Ia makin menjadika aku gundah gulana...
Terus terang aku aktakan...semakin hari perasaan itu menghimpit perasaan....aku lemas jadi begini....semak pemikiran aku....tapi kenapa..?? kenapa..?? Apa dah jadi dengan aku nih....kenapa mesti lagi perasaan itu bertandang di hati....aku benci.....tapi hakikatnya aku rindu....
Argghhhhh......aku tak mahu jadi begini.....
Time nih aku main hand ball...punya lah panas terik...sakit mata aku...dah ler pakai lens...rasa cam nak terkeluar biji mata...ekekekeekke...ape2 pun best giler...sebab aku lupa semua beban keje aku...time ler nak rest puas2...walaupun ajk...tetap nak bertanding gak...so dapat ler tempat kedua...padahal dah lead 4-2...lepas tu kena penalti..memasing dah takde tenaga bile keputusan keluar seri 4-4...huhuhuhu....enjoy sehhhhhhhhhhh....yehaaaaaaaaaaa..nanti upload pic lain lak..ekekekekekeke...
arghhhhhhhhhhh......tension sengal aku jadinyaaaaaaaaaaa...tak leh jadi camni...keje teruk nak giler dah aku...lelama tercabut fius otak aku nih......nak rintih kat boss pun....takat dengar jer lah...tindakan zeroooooooooooooo....
adoii dah dekat 2 minggu aku demam2...sejuk2 badan....sakit kepala...tak cukup rehat....nak gi klinik pun tak bersemangat waja dah aku nih.....amik ubat antibiotik pun still sakit2 gak....huwaaaaaaaaaaaaa....
punca tak cukup rehat gini lah jadinya....aritu auditor ngacau sekarang pulak data entry melambak2......management pulak nak itu ini....keje bagai nak giler......siottttttttttttttt jerkkkkkkkkkkkkkk...nak resign takut dapat tempat keje lagi worseeeeeeeeeee...
aduhai rintihan dar seorang pekeje tensen tahap koma









HEHEEHEHE....NI SEMUA MUKA COMMITTEE YANG BERTUNGKUS LUMUS JAYA KAN OPEN HOUSE - ANAK2 YATIM (YANG MUKA NIH JER HANDLE YANG LEN HANDLE BENDA LAIN)



"Kapan Kau Gantung Cerita Cinta Ku....Memberi Harapan Hingga Mungkin Ku Tak Sanggup Lagi...Kan Meninggalkan Diri Mu..."
"Engkau Tiba Bagaikan Pelangi...Tak Bercahaya Namun Kau Berseri...Tapi Cukup Menghiburkan Hati Ini..."
"Bukan Tak Semestinya Cinta Yang Bisa Membuat Bahagia...Namun Kau Yang Tak Pernah Mahu Mengerti Ertinya Cinta...."
"Dimana Letak Syurga Itu....Biar Ku Gantikan Tempat Mu Dengan Ku....Adakah Tanda Syurga Itu.....Biar Ku Temukan Untuk Bersama Mu....."
"Ku Cuba Reda Kan Relung Hati....Bayang Mu Yang Berlalu Pergi....Terlukis Di Dalam Kenangan....Bebas Bermain Di Hatiku...."
Masa aku pegi Kedah aritu (kat Baling..kampung tanjung ape ntah) hehehehehe...aku ternampak tumbuhan ni...aku petik nak amik gambar...aku rasa unik..lepas tu warna dia menggamit perasaan....Aku adalah penggemar warna hijau muda macam nih....Aku lepas nih nampak ape jer yang berwarna hijau muda...aku akan amik gambar..lepas tu paste kat blog aku yang tercinta nih...hahahahahahaha...

Yang memangil rinduku padamu owhh...
Seperti udara yang ku hela
Kau selalu ada owhh.....
Yang memangil rinduku padamu owhh...
Seperti udara yang ku hela
Kau selalu ada...selalu ada.......selalu ada...
yang bergelora
Hati ditaman berbunga satu impian satu harapan
Sudah pasti ada sebaliknya satu rahsia
Engkau dimataku adalah cahaya perjalanan ku
Terang menyuluh segala
yang tersembunyi lama aku cari
Sudah pasti ada jawapannya kemungkinan itu
Alamak...blur plak pic pc aku nih...adehhhh.....hahahaha....tapi takpelah...janji desktop background aku mengancam...huhuhu...
Tapi bila aku sendiri tengok pic tu...mata aku sendiri sakit...huhuhuhuhuuhuhuhuhuu....
Kadang2 aku berfikir..percayakah aku dengan kebetulan yang terjadi...?? terima kah diriku dengan kebahagiaan yang makin mendatang..?? benarkah aku dengan perasaan yang semakin menghimpit diriku...??
Argghhhh....semakin aku fikir..semakin semak aku rasa...kenapa aku jadi begini..mengapa aku mesti begini...apakah aku perlu begini...bagaimana aku boleh jadi begini...dimanakah diriku hingga sampai jadi begini....
Ke kiri aku resah....ke kanan aku gundah....semakin aku rasa sesak dalam jiwa ku....
Umah kawan aku nih kat BALING sana...ape ke nama ntah bukit belakang tu...hahahahha...aku de gi sungai...ciss tak dapat amik gambar lak..time tu phone lak low batt...sayang tol...
Takpe2 nanti kawan aku email pic yang lain lak time pakai camera...hahahhaaha...ngan bendang2 sekali aku pi tangkap gambar...punyalah fanatik aku ngan aku pasal gambar2 nak upload kat blog...hahahahahha.....

Hahahahahahaha...berangan toll nak jadi model iklan konica....hehehehehhehe
Infront : Emi Haniza
Middle : Myself - Zulia
Last : Miche

Tapi sekarang dah kering dah semua chicken pox dia lepas abah aku bagi minum air kelapa...huhuhuhu...dah baik...nakal lah pulak...hahahahahhahaha....
yang kat atas bergambar ramai2 tu...tu lah yang paling muda dalam keluarga aku....kakak alia, angah emi, pakcu fakrul n mucuk tu arie....love all...muackkkkssssssssss.....



Sayang semua...muaaahhhh....Aina....windu bangat sama kamu aina....bila ler kita dapat dating 3 orang kan...hahahahahaha...kau pun sibuk...aku sibuk....adehhhhh....si ledibed ni lagi ler...payah tol nak kuar ngan dia..malas manjang....hahahahahahaha
Love all, Best of memoirs in my life......
kawan yang tikam belakang kawan sendiri tu boleh panggil kawan ke..?? huh...aku orang macam ni...sampai bila2 dah aku takkan percaya...nak berbaik..?? mungkin tidak....sekali dah terkena..pasti berulang lagi....
kawan yang tak usul periksa dengan aku sendiri...pandai2 buat kesimpulan...boleh dipanggil kawan ke..?? huh...orang macam ni memang patut aku elak dan jauhi...ye lah tak sangka jugak aku...selama ni...kawan yang aku "harap pagar...pagar makan padi"...
alahaaaiiii........donia....donia....
Wahhhh....tahun nih juara bertahan....hahahahaha...tak sia2 masuk bertanding....walaupun tak pernah pi latihan...sibuk lah nak siapkan report tahunan....tahun 2008 tahun paling mencabar buat aku...macam2 dah aku telan...pahit maung...semua ada....
sajer jer aku pakai henna nih..hehehehe..dah lama tak buat....huhuuhuhuhu...pandai gak ofcmate aku ukir...nanti kalau kenduri aku sok...aku tempah dia jer lah...tak yah susah2 nak gi semuahouse...leceh....huuhuhuhuhuhu
Aku start kumpul syiling nih sejak bulan 4...sekarang dah banyak nih (dapat lah dalam RM120.60) hehehehehe...aku penuh jer dalam tabung ni...tukar kat kedai...masuk dalam bank...simpanan dari menabung..hehehehehe
Ni tengah melaram dalam keta...dah lah tengah sibuk main treasure hunt...leh sempat lagi posing2....hehehehehehehe
FLASH BACK OF MEMOIRS
Tahun 2007, pasukan aku menjadi juara tahunan untuk game futsal terbuka company bagi grouping arrangement...time tu kaki memang dah injured masa training..tulang peha aku rasa macam dah terlari sikit...adehhh...sakitnya ya amat bila balik kampung mak gi mengurut...
Tergeliat sana sini aku dok menahan sakit...huhuhuhuhuhuhu....bergenang gak ler airmata di titi tubir...huwaaaa...tapi takpe...berbaloi...hehehehehehe...
Apa yang pasti tahun ni (2008) futsal kembali lagi...dan aku..??? of course ler nak main....selamat berjuang...yehaaaaa
CHAMPION - LADIES SINGLE 2008
Syukur alhamdullillah...berkat tekad, nekad dan cita2..aku berjaya menjadi juara badminton perseorangan company aku malam tadi...huhuhuhuhu...berhempas pulas untuk menjadi juara...training takde..main pun berterabur...huhuuhuhuhu...tapi still boleh main ngan skill2 yang ada...
Tahun depan aku akan bertanding lagi...tungguuuuuuu....
Huhuhuhuhuhuhuhu...batry weak jer...hahahahaha...maklumlah abih jer bulan ramadhan..makan tak pernah tinggal..hheheheehehe..sekarang ni nak bertahan balik segala isi dalam perut nih...
Huuhuhuhuhuhuhu..mencabar gak puasa sunat ni...maklum tak pernah buat...huisshhh pengakuan jujur ni....masa puasa aritu...aku tak banyak cakap...dok jer depan pc..layan dunia aku sendiri...
Ntah kenapa aritu...teringin sangat nak baca blog kawan yang aku anggap teman baik sepanjang zaman...ntah kenapa..sebak aku rasa bila baca " kenapa jadi begini...sahabat"...wuwuwuwuwuwwu...bergenang kolam air mata aku di tubur alis mata...tapi coverline balik..takut2 ada yang nampak...
buat sahabat2 yang pernah mengenali daku...maafkanlah segala ketelanjuran kata2 ku terhadap kalian semua..aku hanya manusia biasa yang tak pernah buat kesilapan...terasa kekurangan ni membuatkan aku tersepit pada keadaan...adakah aku masih terawang2an di dalam dakapan mimpi ataupun aku tak berani menghadapi kenyataan yang realiti di mana ia bisa meragut ketenangan dalam lubuk jiwa ini...
semakin aku meneliti diri ini dari pelbagai sudut...semakin aku tak mengenali diri ini...apa yang aku dah buat..??aku rasa aku nih macam teruk sangat...marah tu dah tak terkawal...makin baran aku jadinya...pantang tersilap aku nak mengamuk...apasal dengan aku nih...apsal teruk sangat dah perangai aku nih....
argghhhhhh...aku dah jauh menyimpang nih...tak reti bersabar...tak pandai nak jaga hati orang dah...aku asyik pikir diri sendiri jer..makin teruk dah perangai aku nih...sedihnya aku...aku macam dah jadi orang lain bukan diri aku...
tolong...tolong...tolong...aku perlukan bimbingan sekarang nih...aku dah semakin jauh menyimpang dari perangai aku dahulu...dulu aku pandai jugak bawa bersabar..sekarang ni dah lain sangat...sikit2 nak mengamuk..nak marah..nak melenting...
tolong..........aku perlukan pertolongan..........
bosannya aku........menyampah betul lah.......arggghhhhhhhhhh.....tensennnnnnnnnn....!!!!!!!!
grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....!!!!!!!!!!!!!1

wahhhhhhh....cantik sudah.....(^_^)
dapat berehat...sambil baca buku seronok nih....relax....dapat gak kurangkan selerak dalam kepala otak aku nih....
tapi......bila...???? huhuhuuhuhuhu
peha still sakit lagi...lepas main paintball sabtu lepas...huuhuhuhuhu...ada yang lebam2 teruk....tak hilang2 lagi...adeeehhhhh....sib baik aku tak kena macam tu....huhuhuhuhuhu
sabtu depan lawan badminton pulak....adehhh...kena banyak aktifkan diri nih...pasal dah mula gemok...hehehehehehehe
Aku mula2 nak main...gerun jugak...mau tak...kalau kena tembak..lebam sana sini....tapi....
hehehehehe...aku berjaya menyorokkan diri daripada terkena tembakan....aku yang berjaya tembak2 orang...spinner lah katakan...dalam enam2 game...berjaya dapat 3 bendera...game ke 4 aku berjaya dapatkan bendera...asyik dok dalam banker jer....sekali aku nekad...haahahahaha...berjaya gak dapat bendera musuh...huhuhuhuhuhuhu
kak nauli, nauri, mr yap dan sape ntah lagi sorang aku tembak semua kena face mask...strategi bagi kabur cermin mask diaorang...hahahahahaha....ada sorang lagi lelaki...nizam ke ape ntah nama dia...aku tembak peha dia dalam jarak dekat....lebam 3....huhuhuhuhuhu...maap ler yer...selamatkan kubu sendiri dari kena jajah...tapi....dia main tipu arrr....dah kena cakap tak kena....huhuhuhuhuhu...takpelah...game for fun jer....
walaupun dapat tempat ke-5....sekurang2nya bukan di tempat yang terakhir....hahahahahahahaha....splashhhhhhhhhhhhhhhh...!!!!!
Punyalah lama nak sampai kat tempat tu. Lepas tu masa emak dia tengah sembahyang asar dekat masjid, datang pulak si pencuri jahanam ambil beg tangan orang tua yang sedang mengadap yang maha esa.
Memang lahanat punya manusia lah...sanggup mencuri dalam rumah allah. Sudahlah anak kemalangan teruk lepas itu maknya pulak orang amik kesempatan. Terharu betul.Manusia sekarang dah hilang pertimbangan.
Aku disini menghulurkan sedikit bantuan dan seikhlas doa agar staff yang kemalangan tu cepat sembuh dan sihat walafiat.Menjadi satu iktibar "berhati2 dijalan raya dan ingatlah orang tersayang"
buat keje tak tahan....mengantuk tahap gaban harini...terjegil2 biji mata aku dok tahan mengantuk....warggghhhh....letih tak ingat...
hari sabtu gi bersukan....dapat ler 2 medal....1 perak...1 gangsa....janji menang jugak...hehehehehe
huhhh....9 tahun tak berlari...lompat jauh....last sekali active tahun 1999....tapi still boleh lagi berlari...hehehehehehe
kalau ada masa...aku akan upload gamba2 aku menang...dan keadaan masa bersukan sabtu lepas...
ahad nyer plak...dah training bowling....sabtu 26hb nih aku dah ada tournament...untuk UEM....dengar citer...PLUS hebat2 competator dia....brrrrrrr....aku baru jer dah dapat step macam mana nak main bowling yang betul...target...serta balingan yang teratur...
cayalah...semua frame aku dapat 100 lebih....6 frame tiap2 minggu berlatih untuk bulan April nih saje...huhuuhuhuhuhu
okehhh....nanti aku sambung lagi cerita aku...yeeeehaaaaaaaa.....
(^_^)









Aku cuba mencari makna erti kawan dan lawan...kawan tu kawan yang macam mana yek...dan lawan tu macam mana pulak nak di nilaikan...adakah dari segi nasihat...keikhlasan...kejujuran...mahupun kesempatan...
Hai nama pun manusia kan..kekadang ok..kekadang suam...dan kekadang panas...
Apa-apa ajelah...
sebab kepala aku sakit sangat...migraine melanda...buat aku tak lalu nak buat apa-apa...lemah seluruh badan...sejak akhir-akhir ni...makin kerap sakit kepala...nak kata tak makan ubat...dah 2 biji aku telan ponstan untuk tengahari...dah lewat petang 2 biji lagi aku telan...namun masih macam tu jugak.
Sampai aku tertido sekejap dalam keta ofismate aku...mula-mula dengar diaorang berborak...tapi makin lama makin aku tenggelam....tau-tau gelap seketika...rupa-rupanya aku dah selamat tido kat seat belakang....
Agaknya badan nih dah exshauted kot...tak tahan...dah penat sangat...berlari sana sini kat dalam oficce buat keje...adoiii....lama-lama aku leh masuk hospital nih...
huiiissshhh...bahaya...bahaya...aku malas nak stay kat wad....tak besh...cukup ler history dulu aku masuk wad...bosan tahap gaban...

seramnya...kalau la terjatuh kat dalam hole tu time ribut petir kat laut...takde harapan la jawabnya....kecuali dengan izin allah....subhanallah...
Hmmmm...sepi itu bertandang lagi...makin ku lari makin ia menghampiri...membelit jiwa nurani ini...ku toleh kanan...sepi...ku toleh kiri pun sepi jua yang menghampiri....aduhai...mengapakah sepi itu seringkali bertandang lagi....
Hmmmm..sepi itu bertandang lagi...makin ku kuatkan langkah ini untuk menjauhi...semakin hampir ia mempamerkan keletihan ku mengorak langkah....ku pandang ke hadapan...hanya sepi yang ku nampak...hanya sepi yang terbias...dan hanya sepi yang ku terbayangkan....Ahhhh..pilunya rasa hati....
Hmmmm...sepi itu bertandang lagi....walaupun telah ku cuba menyembunyikan perasaan ku...tapi tetap tidak berjaya....berdepan ku menongkah arus....makin kuat menghempas didalam badai naluri ku ini....sehingga bisa meruntun semangat dalam jiwaku yang rapuh...semakin rapuh...dan kian rapuh...
Hmmmm...sepi itu bertandang lagi...sampai bilakah ia menyentak perasaan ini...bagaimanakah ianya akan berakhir...apakah yang harus aku lakukan untuk merungkaikan tali kesepian itu yang semakin membelit diri....ohhhh....gundahnya perasaan ku ketika ini....
aduhai sayang seribu kali sayang....berat beban yang ku sangka berkurangan...kini semakin menghimpit perasaan....

Ni azrina rusly...teman serumah...tempat mengadu nasib dan sakit perit daku seharian...banyak dugaan yang datang untuk memecah belahkan persahabatan antara kami...namun atas sikap sering berkongsi dan berbincang masalah yang mendatang...membuatkan kami semakin akrab....
Kalau aku sakit....dia pun sakit...kalau dia yang sakit...aku turut merasa tempias itu....umpama kembar seibu sebapa....kami berdua berjauhan daripada keluarga...walaupun rumah keluarga ku dekat sebenarnya...namun tetap jua rasa kejauhan....kerna itu aku memahami erti rindu pada keluarga terkasih lagi tercinta...
Tapi aku semakin pelik dan terus pelik...kenapa mesti ada hamba allah seperti mencemburui keakraban kami....aku ini sudah seperti adiknya....kalau peha kanan di cubit...peha kiri turut terasa peritnya.....inilah dinamakan manusia...tak pernah puas dan senang duduk seandainya tali persahabatan itu kukuh semakin menjadi kukuh....
ku panjatkan doa...agar pertalian kami takkan berhenti sebegitu sahaja...biar sampai ke hujung nyawa...tetap teguh biarpun cabaran dan tohmahan yang mendatang....biar lah manusia yang tak pernah merasa puas untuk menghancurkan persahabatan sesama manusia kerna Allah itu maha adil lagi maha penyayang...
Haaa...nilah lucky draw yang aku dapat....dapat lah jugak membantu membersihkan rumah....tapi kan terasa lenguh jugak pinggang nih kalau pakai vacuum...ahaaaa.....takpe...janji rumah bersih dan kemas...
Kalau pakai penyapu...jenguh jugak tu....hehehehehhe....nak sapu satu rumah...nasib baik dapat vacuum...ringan ler jugak beban....ekekekekekeke....agaknya2 family day tahun 2008 dapat lagi tak....kalau dapat lagi bagus...tak kisah la apa hadiahnya....asalkan jangan vacuum lagi....ekekekekee
Ni kak rina punya keje la nih...huh...walaupun kandid tetap nak pose....time nih baru jer balik dari gath..yang memberi sejarah hitam...yang takkan luput dari ingatan...
Sekali ku hilang kepercayaan....tiada dua mahupun tiga dan seanteronya akan ku memberi peluang.....
Time nih 1st time aku try bertudung...hehehehehe....so far sekarang dah kekal...alhamdullillah...allah terangkan hati ku untuk berhijrah....dari kehidupan yang lalu kepada yang kini...
Apa yang pasti kini....aku mencari ilmu dan hidayah dalam pembentukkan diri....aku perlukan sokongan dan pencerahan dalam memperbaiki ketelusan diri...
Moga apa yang aku doakan....di makbulkan Allah...dalam ku mencari sebuah keredhaan....Percaya atau tidak...semakin ku mendekati Allah...semakin ku perolehi kekuatan diri....keluar daripada belenggu yang membelit diri dengan penuh kekesalan....
Yang paling pelik....kucing comel aku tu nak makan kalau aku atau abah aku yang sedia kan...kalau mak ker...adik2 ker...comel tak makan....anak-anak dia pun hanya aku ngan abah aku jer dia tak hairan kalau ngusik2 anak2 dia...kalau mak ker...adik2 ker...huissshhh siap berlegar kat kaki...marah ler tu...
Yang membuatkan aku sedih...comel nih mati time aku baru balik keje...petang tu....puas aku cari mana si comel...panggil2 tak muncul...puas satu rumah aku cari....kat bilik...dapur...ruang tamu...halaman rumah....sekali cari punya cari...dia elok terbaring kat tepi sungai...rumah lama dulu ada sebatang sungai....sekali pegang si comel....da mati rupanya.....nak meleleh airmata aku....baru nak bagi dia makan....mati la pulak....
Si comel aku bela time aku amik SPM dulu...abah bawak balik...ada orang buang kucing tu....menu dia setiap hari ikan kembung ngan susu nespray tu...kembang cantik jer bulu dia...anak2 dia pun comel macam si comel...ekekekekeke....berebut2 sedara mara aku nak bela...
Sampai ke harini aku dah tak jumpa dah kucing macam si comel...bak kata orang hilang tak berganti....aku cuba nak tengok2 mana kucing yang sesuai nak bela...tapi hati merintih teringat si comel yang dah mati....akhirnya aku buat keputusan....biar lah si comel yang satu tu bertakhta di hati.....
Sayang si Comel.....
Saiful Afifi....hmmmm....da resign da dia....tak dapat ler lagi aku nak mengusik dia "ANAK DARA"....huhuhuhuhuhuhu....rindu berlawan2 ngan dia time main futsal....dia selalu ajar macam mana nak buat sepak kan yang berbisa...hehehehehehe
Pc aku da la selalu problem...nak rujuk kat dia dah tak dapat dah....selalu kalau dia ade....ext dia jer....mesti datang tolong....kalau melawak ngan dia seronok....
Terasa sungguh kehilangan dia....inikah dikatakan rindu....rindu pada sahabat yang sering menghulurkan bantuan pabila di perlukan....
selamat tinggal.....
Walaupun tak sejelita erra fazira....tidak se comel siti nurhaliza....aku tetap bersyukur....aku adalah aku...dan aku tak mampu menjadi diri orang lain...janji hidup ku bahagia....aku tahu apa yang aku ingin cari....dan aku tahu bagaimana mahu menguruskan kehidupan...
Pabila sudah ada impian dan cita2 dalam diri....tak perlu aku sebarkan pada khalayak umum....apa arah tujuan kehidupan aku....sekarang aku sudah mempunyai pekerjaan yang kukuh....insya'allah ada rezeki....aku kumpul harta ku sedikit demi sedikit...biarlah apa orang lain nak cakap...selagi mulut dan lidah tu boleh berkata2....bercakap lah....sepuas2nya...jangan sampai allah tarik balik kurniaan itu....sendiri nak menyesal dah tak berguna....
Biar kurang rupa....jangan kurang kasih dan sayang....
Ni Ayie...budak customer service...kahwin muda wooooo...wife dia pun cantik..natural beauty...ekekekeke....saja bergambar duaorang ime family day 2006....dia ni suka buat lawak selamba yaya...
Itu la dia si ayie...muka confident biler jawab call....hehehehehehe...caya lahhhhh....
Ni adalah keluarga penuh aku...abah...angah...alang....mak...aku...dan adik....ketika ini adik yang alang melangsungkan pertunangan....pada tahun 2007...bulan februari....bulan kelahiran aku dan abah....
Majlis pertunangan aku masih belum kunjung tiba...aku sendiri tak pasti...apakah aku dapat menikmati zaman pertunangan mahu pun tidak....Aku hanya redha pada ketentuan Allah....
Banyak dugaan dan ujian aku tempuhi....dari hidup susah....aku belajar erti berdikari...
Abah banyak berkorban mencari rezeki sesuap nasi...memberi daku sekeluarga makan dan minum....dari kecil aku dah rasa hidup susah....aku merupakan tulang belakang pada keluarga ku...Aku paling rapat dengan abah...kalau waktu petang aku selalu ikut abah pergi berniaga buah-buahan kalau abah pergi latihan takraw....semua kawan-kawan abah kenal aku....daripada kecil sampai aku dah dewasa sekarang....kalau kat tempat keje abah...jabatan penerangan malaysia tu...ramai yang mengenali daku....mereka panggil aku "ALONG"....memang daripada kecil abah memang rajin bawak aku pergi office pada hari sabtu....
Mak...ketika ku masih kecil....hanya menjawat operator kilang...keluar seawal pagi...dan pulang selewat petang....membantu abah mengukuhkan ekonomi rumah....walaupun tak banyak namun cukup la nak menampung kami anak beranak......menjadi tanggungjawab aku menguruskan perihal syurga ku dunia ku....membantu mak menguruskan adik2 di rumah....memasak...membasuh...mengemas....
Inilah keluarga ku yang tercinta....hilang tiada gantinya....bagiku syurga itu terletak di telapak kedua2 orang tua ku....

Huh...matanya....amat indah di perhatikan....wahhh..leh jatun cintan camni kalau ade betul2 depan mata...sib baik gamba jer...
aha...aha...aha...





Seronoknya kalau dapat pergi bercuti kat sini....aku dah la suka kan pemandangan laut yang biru membiru nih....tapi apa buleh buat...ongkos ngak ada dong....
Tika ini....aku menghitung betapa banyak dosa besar yang telah aku lakukan....selama ini aku mengabaikan tanggungjawab ku sebagai manusia kerdil...lupa segala-galanya...tanpa aku sedari...pintu maut itu semakin menghampiri....
Dalam meniti hari....hati ku tak tenang pabila terkenangkan dosa-dosa lampau....semakin aku cuba lupa kan...semakin menjerut diri....semakin aku kelemasan...
semakin aku hanyut....
"Ya allah ya tuhan ku yang maha esa lagi maha pengampun....berikan aku hidayah mu....pelihara lah aku....tunjukkan daku ke jalan mu...dekatkan daku pada mu ya allah...ku bermohon padamu...Engkau terima la taubat ku...untuk kembali ke pengkalan jalan setelah sekian lama aku melupakan mu...amin"
Waking up to find another day
The moon got lost again last night
But now the sun has finally had its say
I guess I feel alright
But it hurts when I think
When I let it sink in
It’s all over me
I’m lying here in the dark
I’m watching you sleep, it hurts a lot
& all I know is
You’ve got to give me everything
Nothing less cause
You know I give you all of me
[CHORUS]
I give you everything that I am
I’m handin’ in everything that I’ve got
Cause I wanna have a really true love
Don’t ever wanna have to go & give you up
Stay up till Four In The Morning & the tears are pouring
& I want to make it worth the fight
What have we been doing for all this time?
Baby if we’re gonna do it, come on do it right
All I wanted was to know I’m safe
Don’t want to lose the love I’ve found
Remember when you said that you would change
Don’t let me down
It’s not fair how you are
I can’t be complete, can you give me more?
& all I know is
You got to give me everything
& nothing less cause
You know I give you all of me
[CHORUS]
I give you everything that I am
I’m handin’ in everything that I’ve got
Cause I wanna have a really true love
Don’t ever wanna have to go & give you up
Stay up till Four In The Morning & the tears are pouring
& I want to make it worth the fight
What have we been doing for all this time?
Baby if we’re gonna do it, come on do it right
Oh please, you know what I need
Save all your love up for me
We can’t escape the love
Give me everything that you have
& all I know is
You got to give me everything
& nothing less cause
You know I give you all of me
[CHORUS]
I give you everything that I am
I’m handin’ in everything that I’ve got
Cause I wanna have a really true love
Don’t ever wanna have to go & give you up
Stay up till Four In The Morning & the tears are pouring
& I want to make it worth the fight
What have we been doing for all this time?
Baby if we’re gonna do it, come on do it right
(Give you everything)
(Give you all of me)
Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia
Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku-kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan
Ku masih setia
Adakah engkau tahu ini cinta
Adakah engkau pasti ini untuk selama-lamanya
Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini yeah
Biar berputar utara selatan ku tak putus harapan
Sedia setia
Jangan putus harapan sedia setia
“Kelip-kelip disangka api,
Kalau api mana puntungnya?,
Hilang ghaib di sangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?
Ni gambar emak aku...da 49 tahun rupanya mak aku...rasa2 ada iras tak muka aku ngan mak aku..?? tak adakan...ekekekekeke...arwah atuk aku dulu suka sangat mengusik...cakap salah amik masa kat hospital dulu...katanya aku anak cina....merajuk sekejap aku ngan arwah atuk aku...hehehehehe...cucu manja aku nih...
Emak garang tau...kalau ada benda yang nampak something jer kat depan mata emak aku mesti marah...hehehehehehe....aku kekadang hangin juga...ye la...salah adik aku...tak pepasal ngan aku2 sekali terkait...nak jer aku lesing adik aku tu....huh...
Pasal tak mau jadi anak derhaka...aku dok la kat luar...merantau...walaupun klang ngan kepong tu takde la jauh mana pun...tapi aku selalu balik tau...jenguk family aku...kekadang rindu2an sangat...sampai seminggu aku bertapak kat umah emak...hehehehehehe...sian kak rina kena tinggal....wakakakakaka....takpe kak rina leh layan chat...forum...ngan blog...ahakssss...ya ampunnnn...
Selalu orang cakap...semasa ibu kita masih hidup hormati lah dan sayangi lah ibu kita...jangan dah tinggalkan kita...baru nak menyesal...aku cuba perbaiki hubungan antara aku dan emak aku...biar la emak aku nak marah ker...bising ker...berleter ker...aku sayang emak aku sebenarnya...kalau aku tengok emak aku susah hati....ngan aku2 sekali berjangkit....hehehehehehehe
"Emak..ampun kan along daripada hujung rambut sampai ke hujung kaki...Halalkan segala makan minum yang emak beri pada along sejak kewujudan along di dalam kandungan emak...Along banyak buat dosa dengan emak...kadang-kadang terlepas juga sikap tak puas hati pada emak...maaf kan along emak...Maafkan along sebab tak sebumbung dengan emak dan abah...tapi itu cara terbaik...supaya along tak jadi anak derhaka dan kurang ajar...takpela duduk jauh sikit...sekurang-kurangnya dapat perbaiki kelemahan dan kekurangan diri along....."
"SYURGA ITU TERLETAK DI TELAPAK KAKI IBU..."
Ni diri aku dolu2...memang da serupa amoi da...ekekekekeke...time gi famliy day tahun lepas ler...2007...terkejut beruk gak orang nengok aku...tapi aku selamba yaya jer...malas nak amik tau...ekekekekekeke
Lepas tu aku da amik keputusan untuk berhijrah...takkan selama tu aku nak macam tu jer...alhamdullillah ada la rasa lain sket ngan diri nih...kalau dulu...selalu tak tentu arah...sekarang da pelan2 makin bertambah ok....semoga penghijrahan ni berkekalan selamanya....
Haaa...ni dua orang anak buah aku...si emy ngan si kakak alia...
yang si emy nih...huh banyak cakap gak nih..kadang-kadang loyar buruk ngan abah aku..hehehehe....ada jer jawapan dia yang nak patahkan soalan orang...kadang-kadang aku panggil pak tam..pasal gelap....kuang3...
Yang si kakak alia pulak...kuat marah...baran ler katakan..macam mak long dia gakkssss...dia ni pantang kalau orang kacau dia...hehehehehehehehe....aku ngan abah memang suka menyakat dia...hehehehehehehehe

ni time aku gi training company...huh...ngantuk giler...tak menahan....paksa kelopak mata tu terbukak luas...maklum la...kalau bab2 ceramah jer mengantuk...ahakksss...
menguji ketahanan diri tol...hehehehehehe
Aku sebenarnya suka sangat dengan pemandangan laut...damai...sejuk mata memandang..pemandangan dia..huh...nak2 time matahari terbenam...subhanallah...cantik ya amat...
Masa pegi pangkor aritu...tenang dan damai aku rasa bila berjalan2...dok tepi pokok kawasan pantai teluk nipah....hmmmm...memang lupa sekejap masalah....
Yang baju coklat tu anak buah aku yang paling kecik...tup tap..tup tap..dah 3 tahun umur dia...huh...dia punya bijak..masya'allah..mulut tu pokpek2...
Yang baju biru tu adik aku yang paling nakal sekali...kalau bercakap ngan dia...masuk telinga kanan...kuar telinga kiri..huh..kalau bab makan dia la yang nombor 1....
Time nih main treasure hunt...main pasir...buat tapak sulaiman...nih maskot team aku....huh..jenuh main pasir nih...heheheheheheAlhamdullillah....kini aku mula berhijrah dari kepompong kehidupan ku yang dulu...aku mulakan dengan perlahan2 agar tidak tersungkur kemudian hari...perit dan jerih yang aku lalui selama ini aku simpan sebagai kenangan....
Aku mendapat sambutan yang baik pabila aku mula berjilbab...banyak sokongan yang aku terima...terima kasih pada teman2 yang mendoakan kebaikkan ku...
Kini aku mula belajar erti tenang dan sabar...makin ku belajar makin banyak mula aku fahami....walaupun tempias sekelumit dugaan dan ujian....
Ya Alla Ya Tuhan ku...kepadamu aku bermohon dan berlindung...Kau tetapkan iman dalam hatiku...Kau murahkan lah rezeki ku...Ampuni la dosa2 kedua orang tua...adik beradik ku...serta saudara2 seumat dengan ku....Berikan aku petunjuk dan sirnar mu dalam ku mencari hidayah mu...Amin...Ya Rabbal Alamin....
Mula mengenal erti dunia sebenar ketika aku berumur 23 tahun...baru aku tahu apa itu pahit dan manis yang sebenar...dalam pencarian seringkali aku tertewas dengan dugaan..
Siapa aku tatkala ini....






























































